Pages

11.26.2010

fungsi decode dalam oracle

Salam,

semoga anda semua dlm keadaan sihat dan bahagia...

lama tul x update blog ni.. dilanda kesibukan..

hari ni nak share psl penggunaan decode dalam oracle

ni sample sintax sql

select
count(decode (state,'192009200112102152338935988411','PUTRAJAYA')) PUTRAJAYA,
count(decode (state,'010021064214100579586504522753','JOHOR')) JOHOR,
count(decode (state,'010021064214100579590790423197','KEDAH')) KEDAH,
count(decode (state,'010021064214100579594564723444','KELANTAN')) KELANTAN,
count(decode (state,'010021064214100579597220823691','MELAKA')) MELAKA,
count(decode (state,'010021064214100579599413723938','N9')) N9,
count(decode (state,'010021064214100579607276024795','PERLIS')) PERLIS,
count(decode (state,'010021064214100579644489527382','PAHANG')) PAHANG,
count(decode (state,'010021064214100579664170329689','P.PINANG')) P.PINANG,
count(decode (state,'010021064214100579667737330179','SABAH')) SABAH,
count(decode (state,'010021064214100579670332030441','SELANGOR')) SELANGOR,
count(decode (state,'010021064214100579672112530693','SARAWAK')) SARAWAK,
count(decode (state,'010021064214100579677523331757','TERENGGANU')) TERENGGANU,
count(decode (state,'010021064214100579707565133805','WP')) WP
from namatable
date_reg BETWEEN to_date('01/11/2010','dd/mm/yyyy') and to_date('30/11/2010','dd/mm/yyyy')

Hasilnya :-



sintax oracle di atas utk mengira data atau dalam table mengikut negeri. korang leh guna sintax dia atas untuk membuat statistik.

sekian terima kasih.




10.19.2010

pengurusan risiko

terlebih dahulu mari kita memahami apa yang dimaksudkan dengan risiko. risiko ialah perkara yang tidak jangka dan ketidakpastian yang memberi kesan buruk atau negetif kepada kita. sebagai contoh risiko ialah penyakit, bencana, malapetaka dan sebagainya.
apakah persediaan anda untuk hadapi semua ini??

tahukan anda bidang pengurusan risiko ini salah satu ilmu islam dari pecahan ilmu muamalat. betapa lengkapnya ilmu islam ini.tahukah anda pentingnya mengurus risiko anda dengan cekap dan berkesan. Dalam kewangan islam mengambil berat dalam pengurusan risiko ini. sistem kewangan tidak beroperasi dengan cekap dan berkesan tanpa kewujudan sistem pengurusan risiko yang mantap dan cekap.

Dalam dunia yang global ini banyak wujudnya pelbagai risiko dan risiko yang terlalu tinggi. Di dalam islam ia tidak menolak mengenai pengurusan risiko kerana ia dibuktikan melalui ayat-ayat Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. Sebagai contoh dalam hadis ia berkisar mengenai seorang Arab Badwi yang bertanyakan pada Rasulullah s.a.w. tentang mana yang lebih baik; meninggalkan untanya tanpa diikat dan memohon agar Allah s.w.t. melindungi untanya ataupun mengikat untanya. Rasulullah s.a.w. menyuruhnya mengikat untanya dan kemudian barulah bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Seterusnya kepentingan kita mengurus risiko dalam kehidupan kita seperti contoh kita membuat insuran kereta. Contoh yang lain di sekolah pihak mengurusan sekolah mengenakan yuran takaful kepada pelajar.lazimnya takaful ini dinamakan takaful secara berkelompok.


sudahkan anda mengurus risiko diri anda??? renung-renungkan.. fikir-fikirkan....

10.15.2010

virus semua folder menjadi shorcut dan folder asal missing

virus ini akan menyebabkan folder asal di dalam pen drive anda akan hilang dan menjadikan folder anda menjadi shortcut. walaupun anda telah setting show hidden folder ini tetap tiada di dalam pen drive anda. virus ini akan menjadikan nama folder anda di dalam pen drive namafolder.ink.

virus ini sangat kuat bagi saya kerana saya telah cuba buang dengan menggunakan antivirus seperti Avast, kaspersky yang berlesen lagi... removal karspersky... avira... namun tidak berjaya... Pada percubaan pertama menggunakan antivirus avast berjaya mengesan virus tersebut. tetapi bila kali kedua saya masukkan pen drive ia gagal mengesan dan membuang virus itu.

penyelesaian :


Cara pertama
-sekiranya anda bawa ke kedai(tidak semua kedai buat mcm ini) pen drive ini akan terus di format dan keadaan pen drive anda kembali pulih tetapi segala maklumat penting anda akan hilang.Anda sendiri pun boleh buat cara ini sekiranya anda rasa maklumat yang ada dalam pen drive anda tidak penting.

cara kedua:
-Anda hanya cari os LINUX dan cucuk pen drive anda dan tidak perlu risau kerana virus itu tidak memberi kesan kepada os LINUX. selepas itu anda backup data anda yang penting dan delete semua file yang bernama .ink. senang kan??? x perlu scan dan buang masa mencari antivirus yang kuat. selepas itu anda perlu format pen drive anda kerana apabila anda cucuk kembali pada window virus itu masih wujud. selepas anda backup menggunakan OS linux(saya menggunakan ubuntu) dan format pen drive.

selamat mencuba.

10.14.2010

dhartanahkelantan.com berada page ke-2 pada carian google

Alhamdulillah belum sampai seminggu dhartanahkelantan.com berada pada page ke-2 pada carian google...

engine carian google memang tip top la he3.. semoga web ini akan menjadi one stop hartanah bagi di negeri kelantan. Aku akan usahakan untuk sentiasa update maklumat dan iklan mengenai tanah. rumah, kereta dan lain-lain lagi di web ini...


10.10.2010

hartanah kelantan dilancarkan pada 10.10.2010 jam 10:10 minit 10 saat

Tarikh ini sangat di nanti-nantikan oleh semua orang pada tahun ini kerana tarikh yang mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri. Pada tarikh ini menjadi tarik pilihan untuk berkahwin, bertunang dan lain-lain. Sebagai contoh Dr. Sheikh Muszaphar (ANGKASAWAN MALAYSIA) menjadikan tarikh ini untuk berkahwin yang diadakan di Masjid sultan mizan, Putrajaya.

Tetapi pada blogger seperti aku ini aku melancarkan web iklan untuk broker-broker dan tuan hartanah untuk membuat sebarang iklan boleh iklankan hartanah anda di www.dhartanahkelantan.com

anda boleh iklankan hartanah anda secara percuma. sebarang iklan seperti tanah untuk dijual, rumah untuk dijual atau di sewa.. perkhidmatan penginapan... iklan kenderaan juga disediakan

perkhidmatan yang disediakan hanya untuk di kawasan kelantan harap maaf.

10.04.2010

Remove or Reset Trend Micro OfficeScan Uninstall Password to Default

Panduan ini untuk anda yang uninstall trend micro tetapi ia memerlukan katalaluan semasa proses uninstall. Langkah-langkahnya :-

1. Klik start dan ke search di komputer anda.

2. kemudian taip Ofcscan.ini di carian pada C di komputer anda.

3. Bila jumpa buka file tersebut dan cari Uninstall_Pwd.

4.seterusnya tukar value Uninstall_Pwd=...... kepada Uninstall_Pwd=70

5. Akhir sekali save dan tutup file tersebut.

Cuba anda remove software tersebut dan pastikan anda masukkan 1 bila ia memerlukan password.semoga berjaya..





10.03.2010

tips asas menjaga komputer

Salam,

smg kita smua sentiasa chat dan dirahmati olehNya.

Perkara asas dalam penjagaan komputer yang anda perlu lakukan pada komputer anda ialah antaranya :-

1. Empty trash di desktop anda.(delete atau buang semua file dalam recycle bin(tong sampah anda.).

2. Pastikan anda install antivirus samada yg ariginal atau yg free dan scan setiap kali cucuk pendrive di laptop anda.

3. Jauhkan laptop atau komputer anda daripada terdedah dgn air atau bahan cecair.

4. Buat disk defragment.Ini penting bagi meningkatkan kelajuan komputer anda.

5. Buat clean pada browser dan file temporary seperti menggunakan perisian ccleaner.


cukup setakat ini dl.. smg kita semua buat dan amalkan selalu..

sekian...




10.01.2010

my god! some one killed chineseHacker-2 minitor



Hampeh tul macam mana leh kena kat laptop aku asyikkuar pop up mesej di bawah ni :-

setiap 1 minit kuar... asyik kuar jew..

my god! some one killed chineseHacker-2 minitor


Apabila aku semak rupanya aku lupa nak disallow remote desktop kat laptop aku. maybe salah satu sebab la..

so aku nk share mcm mana nak disable pop up ni :-

1. klik pada control panel->administrative tools->services.
2. selepas itu anda cari dengan menaip pada keyboard huruf m je (Messenger).
3. kemudian anda double klik dan setkan startup type = disable.
5. seterusnya anda klik ok.
6.anda juga perlu klik kanan dan klik stop.


selepas itu lihat hasilnya.





9.23.2010

jutawan cicak gecko-gecko atau pok'ke atau to'ke atau cicak gergasi



Salam,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya dapat bernafas dan nikmat kesihatan :)..

Ramadhan telah meninggalkan kita.. Hari raya telah berlalu..

Ambo nk berkongsi isu2 di kampung blk bercuti di kampung semasa hari raya yg lepas..


isu pertama:


sumber gambar dari : www.adambouskila.com

Orang kampung dan kawan2 bercerita pasal menjual cicak gergasi/pok ke/to'ke boleh menjadi jutawan. Berat 3 bungan boleh mencecah puluhan ribu fuyyoo... sekiranya berat bawah 3 bunga harga binatang tersebut masih dalam ribuan dan perlu menjual dengan kuantiti yg banyak.Fuh kalu dpt yg besarrrrrrRR punya mesti kayo2...

Tetapi ada pantang larang yang diberitahu oleh orang tua dan ada yg dah terkena Kuwong... Kuwong(x pasti ejaan) ni bermaksud badik atau terkena sumpahan. Mengikut cerita orang tua bila terkena kuwong boleh jadi gila dan perlakuan orang itu akan mengeluarkan bunyi seperti binatang tersebut. Wallah...

Mengapa binatang ini mahal mengikut orang kampung binatang ini boleh di buat ubat penyakit HIV dan binatang ini sukar di temui.

antara kisah jutawan cicak gekko-gekko ini :-
1. Budak kampung jadi jutawan: Jual cicak gergasi 1 kilo 1 juta !
2. cicak rm 30 000



Isu kedua:
Kes penyakit demam denggi di kelantan mencatat rekod tertinggi. Adik ambo pun kena jugak virus ini tapi alhamdulillah dah kembali pulih dan telah keluar dari wad sakit.

Ubat untuk virus ini mengikut orang2 tua antaranya:-

1. Minum sup ketam.(menurut orang kampung air ketam boleh membuang virus denggi ini dlm badan kita)

2. Minum air masak banyak2.

3. minum air 100 plus banyak2.

sekian terima kasih.




9.05.2010

skype : tool untuk berkomunikasi online

Salam,

Skype ini merupakan tool atau alat yang memudahkan orang ramai untuk berkomunikasi seperti membuat video call, chating dan panggilan antara komputer dengan komputer. Tool ini telah banyak digunakan oleh peniaga secara online dan pengguna-pengguna internet untuk berkomunikasi jarak jauh.. malah syarikat-syarikat pun menggunakan tool ini untuk berkomunikasi dengan pelanggan..

Apa yang menarik tool ini menyediakan perkhidmatan yang free... ia berbayar jika anda call menggunakan tool ini jika call ke hp mobile anda... apa yg paling saya seronok dengan menggunakan tool ini suara kita bercakap dapat di dengar dengan jelas dan tidak delay atau lagging... Saya telah menguji tool ini dengan berkomunikasi dengan kawan saya dari Australia....

so, sempena raya ini anda boleh berkomunikasi dengan insan tercinta yang jauh dengan menggunakan tool ini secara video call... kepada si suami dan isteri yang berkahwin secara PJJ boleh la menggunakan tool ini dan boleh buat video call gitu... tapi ingat jangan wat aksi-aksi x elok dan aksi-aksi panas plak ye nant tersebar saya tidak bertanggungjawab k... jgn lupa add skype saya username neoryzer85 k !!! nant leh kita sembang2 puas...

jom klik di sini untuk daftar.

Do amazing things for free

  • Voice and video calls to anyone else on Skype
  • Conference calls with three or more people
  • Instant messaging, file transfer and screen sharing







9.04.2010

database designer dengan tool MySQL Workbench


Tool designer database seperti ini pasti di cari-cari oleh programmer-programmer di luar sana kerana banyak fungsi yang di sediakan oleh tool ini.Antaranya anda boleh design database mengunakan GUI dengan ini memudahkan pengguna yang baru belajar. ia juga dapat membina schema database. Daripada schema database ini kita boleh dapatkan script sql daripada schema yang kita cipta dengan ini menjimatkan masa dan satu kerja kita boleh hasilkan output yang banyak. wow!!! amazing kan... saya pun memang dah lama mencari-cari tool seperti ini.



untuk belajar lebih detail sila ke mysql workbench

check it out...

9.03.2010

greybox + error

Salam sejahtera...

selamat berpuasa kepada semua umat islam :).. lama dah rasanya x update blog ni.. so, dengan kesempatan masa terluang ini sy ingin berkongsi info dgn anda semua..


Masalah:

Saya menggunakan greybox dalam membangunkan sistem tiba-tiba bila saya semak semalam ada keluar error pada file greybox/AJS_fx.js


Punca:

Masalah ini berpunca daripada ada konflik saya panggil beberapa script dari web lain iaitu waktu berbuka puasa.

Penyelesaian :

Remove atau buat script yang ada konflik dgn greybox anda.


sekian terima kasih...

8.09.2010

backup nombor telifon

Backup no tel dan maklumat yang di simpan dalam handphone memang sangat penting ini kerana kalau hilang anda ada backup contact dan maklumat penting yg di simpan dalam handphone anda. mungkin hari ini anda tidak rasa kepentingannya tetapi bila telah hilang atau sim card rosak barulah anda sedar dan betapa pentingnya backup... aku pun baru terasa betapa pentingnya backup data apabila kehilangan simcard dan handphone hu3...


so, lepas ni jangan lupa backup data nant menyesal mcm sy ni he3... bila dah berlaku tiada gunanya... sebelum terlupa anda juga jgn simpan data peribadi (gambar2 terlalu peribadi bg pompuan) nant terlepas ke tangan orang habis la hu3... dan data melibatkan keselamatan dlm handphone seperti maklumat banking internet, kata laluan dan sbg..

Akhir kata, saya ucapkan selamat berpuasa.. jangan buat2 lupa k!!!! selamat meningkatkan amalan ibadat dan bersedekah di bulan puasa... jangan lupa baca al-quran... berzikir....

selamat beramal dan muhasabah diri....

8.06.2010

tips penggunaan oracle dalam laptop

Saya telah menginstall oracle dalam laptop dan menyebabkan laptop menjadi lembab. Terutamanya semasa proses permulaan masuk window. bagaimana nk atasi masalah ini??


Antara kaedahnya :

1. Anda setting pada service dengan klik pada control panel->administrator tools->pilih services dan paparan seperti di bawah akan keluar.







2. Pastikan anda setting pada startup type manual bagi oracle service, oracle listener.


mengapa anda perlu ubah setting ini kerana jika anda buat automatik ini menyebabkan komputer anda menjadi lembab ketika permulaan memasuki window. Sekiranya anda tidak menggunakan oracle pada saat itu mengapa anda biarkan prosess utk oracle berfungsi dan menyebabkan beban kpd laptop anda.


sekian terima kasih.

8.01.2010

error 400 bad request


error 400 bad request



Error ini keluar setiap kali apabila buka web contohnya www.myweb.com tetapi terpapar error seperti di atas... Ini first time aku hadapi error dlm membina laman web... apabila taip www.myweb.com/index.php web tersebut tiada masalah dan error 400 bad request pun tidak dipaparkan. pelik bila difikirkan... kalau server da masalah bila taip nama file ok je... bila tidak taip nama file keluar error tersebut. jenuh dok memikirkan..

selepas puas memikirnya baru aku faham kenapa error ini keluar. rupanya aku ada buat perubahan pada file .htaccess. hu3....

Kesimpulannya :

Dengan file .htaccess ni membuat index pada web kita dan banyak lg fungsi file .htaccess seperti artikel yg di tulis sblm ini.




7.29.2010

Jerat Cepat Kaya : Kereta Mewah Pancing Mangsa

KUALA LUMPUR: Kumpulan sasarannya ialah kakitangan kerajaan berpendapatan rendah yang dimomokkan dengan keuntungan amat lumayan mencecah enam angka serta kereta mewah bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu. baca selanjutnya


Kepada kawan-kawan Aku yg telah terlibat dgn skim ini smg tabah dalam menghadapi dugaan... jadikan ia sebagai pengajaran dan pemberi semangat untuk menjadi seorang usahawan yg berjaya...

7.28.2010

excell: papar nomber 0 pada permulaan .

soalan :


Bagaimana nak paparkan nomber 0 pada permulaan di cell dalam excel seperti contoh nombor telifon 01288888??? walaupun kita dah taip nomber kosong apabila simpan nombor 0 akan hilang..



Jawapan :

Anda klik kanan pada cell -> pilih format cell->kemudian pilih text-> seterusnya klik butan OK.

cuba anda taip dan lihat hasilnya.

7.27.2010

penggunaan session dalam aturcara

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai penggunaan session dalam aturcara x kira dalam bahasa php, asp, jsp dan lain2 penggunaan session adalah sama tetapi maybe code aturcara berbeza.

Fungsi session antaranya untuk kita simpan value untuk kita hantar ke page lain dimana value yg kita umpukan kepada sesuatu variable.Omputih bgtau variable atau value yg kita umpukkan bersifat superglobal di mana value tersebut blh dicapai di mana2 file.

penggunaan session juga kita gunakan untuk checking username dan password user samasa user membuat transaksi pada web atau sistem.

nak tau lbh lanjut tanya google he3...

7.25.2010

sms dapat duit??? betul ke??

Ini persoalan yg diajukan oleh salah seorang kwn pd minggu lepas...

situasi dia mcm ni.. Apabila org awam atau pengguna hantar sms utk apa2 info atau perkhidmatan yg dibuat oleh syarikat akan di potong kredit 50 sen... syarikat akan dpt 30 sen setiap sms dan 20sen lg cas syarikat perkhidmatan sms(telco x silap) dengan ini syarikat akan dpt rm 300 jika ada org sms seramai 1000 orang. (0.30/sms x 1000 orang hantar sms)..
so dgn sms pun dpt duit kan???.. konsep dia mcm ini la.. kalau ada salah dan silap tlg betulkan kpd yg pakar dlm bidang sms ni...


Bagi aku cara ini memang ada untung krana byk syarikat2 dan media2 seperti radio dan tv menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan keuntungan. Tapi kalau xde org hantar sms rugi la coz x silap ada yuran tahunan bagi sewa perkhidmatan sms oleh syarikat telco.

Ni info yg aku jumpa kt utusan Syarikat telco tidak simpan data SMS, MMS, video pelanggan

7.18.2010

link domain to other hosting

Situasi masalah ini :-

Ali beli hosting di kedai A. tetapi Ali beli domain cthnya ali.com di kedai B. so macm mana nk point domain atau membolehkan bila taip ali.com dia akan paparkan web atau blog atau sewaktu dgnnya.mesti korang pernah hadapi masalh ni kan???


Inila pengalaman kali pertama mslh ni tetapi dgn bantuan rakan berjaya diselesaikan... Zasss...

1. Dapatkan NS records daripada webhost provider (Biasanya provider akan emailkan selepas proses pembayaran dibuat. so check blk email korang).

2. Log masuk akaun domain anda ( dimana anda beli. mesti anda ada akaun ini. kl xde cuba baca email blk sms anda beli domain mesti dia ada bg link utk akaun. kl belum buat sila daftar atau create baru). Kemudian ubahsuai NS records.

3. Selepas ubah ns pada akaun domain anda perlu setting pada hosting di cpanel anda.

4. Selepas anda login cpanel anda Cari park domain. kemudian anda add park domain dan buat redirrect pada folder di hosting anda. cthnya ali.com/myweb.

myweb ialah file/source code web ali. cuba anda taip mesti dah dpt. dpt kan???

thanks byk2 bro :)

7.17.2010

Projek hujung minggu

Alhamdulillah dah berjaya siapkan web service neoryzer.

Hujung minggu ni dalam seharian aku dok wat yg qasrul.com tp domain x point lg ke hosting so up guna sub domain http://qasrul.neoryzer.com/.

next fokus kpd aqema.net plak

Projek utk cakephp yg sendiri stop sementara waktu utk siapkan kedai online pelanggan.



7.15.2010

usahawan internet

masa tetap berlalu tanpa kita sedari... masa berlalu tanpa pedulikan kita... hari ini sungguh bermotivasi sekali mengetahui bidang usahawan internet setelah membaca blog dan ilmu yang dikongsikan oleh orang2 yang berjaya seperti labanon. walaupun usia muda bukan halangan utk berjaya...

antara tips dan ilmu yg dikongsi amat bernilai sekali.. tidak semua org berjaya akan kongsikan pengalaman dan tips2 utk mencapai kejayaan... Dengan wujudnya era tanpa sempadan ini byk melahirkan usahawan-usahwan melayu yg berjaya yg menggunakan internet sbg medan dan sumber mencari rezeki....

semoga tips2 dan ilmu yg dikongsi kalian semua dberkati dan dberi pahala serta memberi suntikan semangat dan inspirasi kpd remaja2 melayu yg leka.. tips utk menjadi usahawan anda boleh baca di majalah im. byk info2 yg menarik dan berguna.... Alhamdulillah Bisness SOHO (Small Office Home Office) aku dah bermula utk tahun ni secara tidak rasmi. walaupun x byk dpt projek tetapi bg aku secara freelance dah berbaloi dan bersyukur pada Allah (segala puji bagiMu).....

Smg terus dan terus berusaha... ada sapa2 berminat nak jd usahawan kat putrajaya ni??? leh diskus2 utk wat projek part time :)........

7.13.2010

cakephp: how using database oracle

rasanya dah lama x update blog ni... apapun hari ni aku update gak.. bukan xde isu nk tulis tetapi disebabkan kekangan masa dan aku belum jumpa lg mcm mana nk posting coding menggunakan blogspot ni.. hu3... go to point la...

apa yg menarik bagi aku ialah tanpa anda ubah code php anda dengan menggunakan cakephp anda dpt migrate sistem anda menggunakan database oracle... just ubah file database.php iaitu file connection ke database. dengan itu sistem anda dah boleh guna... menarik kan??

ni codenya


//appconfig/database.php
class DATABASE_CONFIG {

var $default = array(
'driver' => 'oracle',
'persistent' => false,
'host' => 'jdbc:oracle:thin:@localhost:1521:xe',
'login' => 'username',
'password' => 'password',
'database' => 'xe',
);
}
?>



Sekiranya anda buat menggunakan konsep code php biasa anda tidak boleh hubungkan dengan oracle.tetapi dgn framework cakephp ini anda boleh buat magik :)
Alhamdulillah dah byk dpt aku fahami konsep cakephp...

7.02.2010

usaha + wang = usahawan

tidak semua yg berminat utk menjadi usahawan tetapi ramai yg suka dan minat pada wang.... tetapi dimanakah usaha kita??? apakah usaha kita??? apa yg kita dah lakukan dan akan lakukan usaha utk dapatkan wang?? tetapi ingat wang bukan segala-galanya dan utk dapatkan segala-galanya perlukan wang???

Apa yg nk dikongsikan di sini ialah jgn lupa melaksanakan perintah Allah dan jauhi larangan Allah dalam kita usaha mencari wang...

Usahawan yg bagus terutamanya seseorang yg ingin memulakan sesuatu bisness dan tiada modal mulakan dari bawah.. mulakan bisness tanpa modal atau kurangkan kos.. mungkin utk bidang IT seperti aku ni satu kelebihan kerana hanya memerlukan kepakaran dan masa dpt menjana wang... tetapi byk lg aku perlu belajar dan usahakan.. apapun aku ingin menjadi usahawan...


Ramai org kita suka mulakan bisness dgn berhutang sana sini utk mulakan bisness... perlukan kereta yg besar... perlukan ruang pejabat yg canggih dan besar... kelengkapan yg cukup.. baru nk mulakan bisnes.. itu adalah silap kerana bisnes yg anda buat belum tentu akan berjaya... bisnes umpama anda berada di medan perang.. jika anda lemah!! anda akan mati dalam peperangan (bisnes lingkup + hutang sana sini)...

biarlah anda buat bisnes kecil kecilan tanpa perlukan modal banyak tetapi dpt income walau 10 sen sehari... saya cadang buat bisnes SOHO (Small Office Home Officce)... anda boleh buat bisness dari rumah secara online... tetapi ramai org kita gunakan internet utk fb, fs dan buangkan masa dgn main game... tahukah anda sudah ramai org kita telah menjadi usahawan dr rumah... dpt menjana wang dgn internet.... sampai bila anda lepak2 bermain fb, fs dan main game... sedangkan org lain menjana duit dgn internet... renung-renungkan dan selamat beramal...

6.28.2010

aku jatuh cinta dengan ci

he3 bagi gemapk ckit tajuk dia :)... aku sudah jatuh cinta dengan ci iaitu code igniter.

pening jugak memikirkan yang mana framework paling baik dan laju... byk framework open source dibangunkan antaranya zend, cakephp, doophp dan etc..

Buat masa ni bagi aku dan mana2 forum yang di baca mengenai framework masing2 mengatakan terpulang kpd induvidu bab kata org tua tepuk dada tanya selera masing2. Pada research aku mengenai framework ini ada kelebihan dan kekurangan masing2...

Misi aku utk belajar menggunakan framework dan bangunkan 1 projek utk comercial... dah lama target aku nk wat tp still x menjadi lg hu3... dah lama dok study psl cakephp tp x dpt lg nak faham hu3... asas2 blh la faham dan utk sistem yg mudah2...

Stakat ni dok try bake cakephp tp susah nk go hu3 maklumkan bi ni lemah ckit... bila aku dok study psl code igniter (ci) dalam beberapa minggu ni terasa jatuh hati plak hu3... manual dia mudah faham ckit berbanding cakephp.. aku baca kt forum dan tanya2 programmer lain memang diorang puji manual ci.

rasanya lepas ni kena beralih ke ci nampaknya. baru tgh baca2 manual dia.. mlm ni rasa jatuh cinta sgt2 kt ci... bila nk start bake dgn ci ni :)

6.27.2010

myvi sedan 1.6 VVTI

betul ke myvi sedan akan di keluarkan oleh produa?? aku cari kat google pun ada beberapa gambar mengenai myvi sedan ini memang menarik dan tertarik hati aku tengok.. bila nk dikeluarkan myvi sedan ni??? apapun kena tunggu la hu3.... kan bes di keluarkan sebelum raya ni he3....

sumber yg aku baca :-

6.26.2010

php meetup



ini la kali pertama aku join php meetup utk tahun 2010 yg di buat oleh php.net.my. Terima kasih kpd admin forum php.net.my :).

banyak ilmu yg dikongsi oleh diorang antaranya :-

Selain itu dpt kenal otai2 dlm programmer php dan yg menggunakan framework. Pertemuan yg x disangka berjumpa dgn boss lama ms keje swasta dulu dan dpt berborak sekian lama x berjumpa:)... thanks 4 sharing mengenai mangodb.

semoga next year ada lagi program seperti ini :)

6.24.2010

css3: box shadow


testing




design di atas tanpa menggunakan image. code diatas mengunakan css sepenuhnya.


sumber : designinformer


update : 27 jun 2010 code shadow utk mozilla.. utk ie tidak menjadi :(

6.23.2010

jquery dengan slideshow

jquery banyak membantu programmer2 sekarang ni dlam pembangunan sistem.
dengan jquery anda tidak perlu menggunakan flash utk buat animasi atau effect2 yg menarik.

anda boleh rujuk web di bawah ini utk menggunakan slideshow dalam web anda.

bradblogging
webdeveloperplus

blog neoryzer guna css3 button

Salam, saya teruja dengan css3 kerana dpt banyak membantu dlm design web dan memudahkan designer. contoh2 button yang akan digunakan pada blog ini yg menggunakan css3.



rujukan speckyboy

6.20.2010

create file .httaccess

File ini sangat penting utk programmer dan dari segi keselamatan untuk web atau sistem secara online. Dengan adanya file ini kita blh ubah setting web server php.ini

ini kali pertama aku buat file .httaccess dlm projek aku he3.. alhamdulillah menjadi.

thanks :)


Cara-cara menggunakan file .access :-

1. create file .httaccess dan letakkan dalam folder projek anda.
2. setkan arahan untuk setting projek anda sebagai contoh.

arahan utk redirect ke file lain

DirectoryIndex intro.html

sekiranya anda tidak buat arahan di atas bila anda buka projek anda ia
akan ke file index. dengan adanya arahan pada file .httaccess anda telah
mengubah sistem anda ke file intro.html


banyak lagi kegunaan file .httaccess.

sila google :)

panduan utk menggunakan file .httaccess

6.19.2010

css3




css sangat penting dalam membina templates atau design. banyak kelebihan menggunakan css daripada menggunakan table antaranya web yang dibangunkan lebih laju berbanding menggunakan table.


dengan menggunakan css kita boleh membuat beberapa themes dalam aplikasi yang kita bangunkan.

versi css yang terbaru ialah css3 yang mempunyai ciri2 tambahan yang menarik. ada beberapa penambahan elemen2 yg menarik dan memudahkan programmer2 dan designer2.


antaranya :

border radius- rounded border
box shadow
multiple background image
text shadow
gradient
text selection colour
css transform


banyak lagi kelebihan yang ada pada css3.

anda boleh rujuk web ini utk melihat contoh dan rujukan
  1. css3.info
  2. button web 2.0 guna css3
  3. cruzenaldo

6.05.2010

e-commerce : kedai online

Ini projek pertama yang commercial untuk e-commerce atau kedai online.... Projek ini dapat disiapkan lebih kurang 1 minggu lebih utk design dan publish untuk online.

Pada peringkat analisis mengambil masa yg agak lama iaitu lebih kurang sebulan lebih.

Hasilnya anda boleh lihat di www.aqema.net.

Next projek portal untuk badan berkanun..
Status projek :
->Templates dah siap (tunggu persetujuan user)
->Modul2 dah ada untuk dipublish dan tunggu pengesahan user)

sesiapa yang berminat boleh tempah dan email kepada saya. harga boleh dirunding.

5.29.2010

suse studio : OS identiti anda



Sekiranya anda berminat ingin customize OS agar menjadikan OS identiti anda atau identiti syarikat anda saya cadangkan anda menggunakan suse studio.

Apa yg menarik anda boleh customize OS tersebut secara online di web suse studio.
Anda juga boleh preview dan edit semula sekiranya tidak berpuas hati.

selepas anda berpuas hati anda boleh download dan burnkan ke dalam cd. Lebih menarik lagi anda boleh pilih dan cari perisian2 yang anda inginkan. Apa yang lebih menarik tertarik and the boom ianya boleh diperolehi secara percuma.

Selamat mencuba...

terima kasih kepada sifoo Suse iaitu Yakob.

Asas hantar value dalam PHP




Asas penghantaran value dalam php ada 2 iaitu penggunaan GET dan POST.

Get biasanya penghantaran dibuat melalui url seperti www.myphp.php?id=123

Manakala POST biasanya digunakan dalam form.

contohnya:

$_POST['id']

id merujuk value yg ada dalam form seperti inputbox.


sumber image



5.15.2010

window 7

Topik ini mungkin ketinggalan bagi anda, namun bagi saya ia sangat penting untuk saya kongsikan di blog ini. Bagi saya window 7 mempunyai ciri-ciri yang menarik antaranya grafik yang cantik dan ringan (laju) berbanding win vista.

Selain itu kelebihan window 7:-

  • Senang di update dari versi win xp atau vista ke window 7.
  • masa update cepat.
  • data yang lama dalam window sebelum ini di backup secara automatik semasa proses upgrade.
  • auto detect driver2 dan sekiranya tidak detect driver ia akan memberi url driver utk di download oleh anda.


Sekiranya anda ingin kongsikan pengalaman anda mengenai window 7 sila komen di sini.


4.24.2010

jsp : clear cache pada browser IE

Salam, di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya membangunkan sistem menggunakan kaedah ajax untuk buat sesuatu proses seperti carian atau lain-lain2 dalam jsp.

Sebagai contohnya saya membuat proses carian (menggunakan browser IE) tetapi ada perubahan di dalam database ketika proses carian maklumat tidak dijumpai walaupun maklumat tersebut ada. Bila saya tutup browser dan buka semula dan buat carian maklumat dijumpai. Akhirnya saya menemui punca iaitu masalah cache. Jika saya menggunakan browser firefox tiada masalah.

so code utk clear cache pada browser IE ialah.





<%
response.setHeader("Cache-Control","no-cache"); //HTTP 1.1
response.setHeader("Pragma","no-cache"); //HTTP 1.0
response.setDateHeader ("Expires", 0); //prevents caching at the proxy server
%>




Sila letakkan code ini di atas sekali dalam file anda.




4.22.2010

Greybox : close automatically and reload parent page

Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya berjaya gak guna greybox untuk tutup automatically page dan reload parent page.

ni code dia utk automatically tutup pop up guna greybox.Anda perlu letak dalam syntax body.


onLoad="self.setTimeout('parent.parent.location.reload().GB_hide()', 5000);"



P/S:
value 5000 ni anda boleh ubah utk cepatkan atau melambatkan. value banyak semakin lambat prosess tutup dan sebaliknya.

4.21.2010

blogger award


Terima kasih kepada my frenz iaitu blogger kenalikomputer kerana memberi award seperti di atas. semoga persahabatan kita terus berkekalan ke hingga akhir hayat.... kesempatan ini diri ini mengucapkan semoga berbahagia di samping isteri dan anak... :)..

4.17.2010

loading image... ajax dan greybox

Akhirnya dengan berkat usaha dan bersungguh-sungguh akhirnya aku berjaya gunakan kaedah ajax... loading image dalam ajax.. dan greybox dalam projek sistem aku..
Pada mulanya aku rasa tidak boleh gunakan kaedah tersebut kerana kebanyakan tutorial yang ditunjukkan dalam internet banyak digunakan bersama php tetapi dalam projek aku menggunakan jsp... apabila aku baca dan memahami konsep kaedah yang digunakan mengunakan javascript dan css... so kesimpulan yg aku temui tiada masalh dalam menggunakan kaedah tersebut dalam projek aku yang menggunakan jsp..

di bawah ni screenshot :-





4.16.2010

wireless free dan terbuka selamatkah??

Kebanyakkan tempat terbuka terutamanya airport, hotel-hotel, restoran-restoran dan kedai-kedai kecil pun telah menyediakan internet percuma atau wireless yang free. Tujuannya menarik pengunjung dan menyediakan kemudahan kepada pengunjung dan tetamu. namun disebalik kemudahan tersebut pernahkah anda terfikir??? selamatkan segala transaksi yang anda lakukan???

segala tranksaksi yang anda lakukan menggunakan internet yang free tersebut seperti membuat tranksaksi banking.... membuka akaun email dan pelbagai lagi... Pada pendapat saya berdasarkan teori-teori dan konsep adalah tidak selamat.


adakah anda sokong??? ini kerana hacker boleh berada di tengah2 atau sniff segala traksaksi anda di sebalik wireless yang free. bukan hacker sahaja namun pemilik wireless tersebut boleh mendapatkan maklumat anda...


jadi berhati-hatilah dan elakkan penggunaan tempat yang terbuka dan percuma untuk melakukan transaksi yg melibatkan wang.

4.14.2010

buat blog dapat duit betul ke???

Persoalan ini sering bermain difikiran anda terutamanya yang baru mengetahui tentang blog yg boleh menjana duit... pada pendapat saya memang benar dengan blog boleh menjana duit dan bukan senang utk menjana duit dgn blog..


Tips untuk menjana duit dengan blog :-
a) anda perlu rajin membaca dan dapatkan ilmu tentang bagaimana dengan blog boleh menjana duit.
b)anda perlu berusaha dgn bersunguh-sunguh tanpa putus asa dan jemu.
c)blog yang dihasilkan mestilah menarik pengunjung datang berulang kali bukan hanya dtg sekali.
d)memahami teknik SEO.



Good luck :)


Hasil pendapatan sy dgn nuffnang.. walaupun ckit sy tetap bersyukur krana dgn jumlah tersebut sy dapat dgn hasil blog dan laman web...



Bookmark and Share



4.13.2010

mewah kerana blog

Seorang demi seorang impian menjadi nyata dengan menjadi blogger... inilah dengan berkat usaha dan tanpa putus asa impian menjadi kenyataan... hari ini juga berita hangat terpapar di dada hmetro jadi mewah tulis blog. Penulis blog ini ialah redmummy pada mulanya suka-suka tetapi lama-lama kerana suka ia membuahkan hasil yg lumayan bila mengiklankan nuffnang ... anda bila lg ingin mencapai impian dengan menjadi penulis blog????

apa pilihan broadband anda??

Salam,

apakah pilihan broadband anda sekiranya anda ada budget utk menggunakan broadband. Saya sekarang ni sedang membuat analisis dan survey broadband dari maxis atau celcom atau digi yang terbaik untk digunakan.... apa komen anda???

kalau sy pilih maxis apa kata anda???

3.30.2010

virus .scr

Salam,

Sekian lama x update blog ini. InsyaAllah lepas ni sy cuba luangkan masa utk update.

virus .scr ini baru je menyerang pendrive saya. Mula-mula kena memang cuak dan takut sebab semua folder data saya hilang yang mana kena virus ini apabila peranti antivirus saya (avast) mendelete folder tersebut. Hakikat sebenarnya antivirus avast tersebut hapuskan folder .scr.

Kesan virus ini menyebabkan secara automatik buatkan nama folder yang .scr akan hidden. jadi anda jgn bimbang dan takut.


Penyelesaian:

Pergi pada tool-> folder option->view->show hidden file. Setkan folder hidden kesan dari pada virus tersebut supaya tidak hidden.



terima kasih kepada yang melawat blog ini walaupun sekian lama tidak update.

Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri