Pages

7.26.2012

BONUS SETENGAH BULAN GAJI UNTUK PENJAWAT AWAM

Alhamdulillah...


KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan di sini.

Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

"Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara.

-- BERNAMA

7.05.2012

Sistem pengurusan kewangan

Salam,

Alhamdulillah dalam masa 2 minggu saya dapat siapkan aplikasi ni..... kalau dikira hari mungkin dalam 3 hari jew aku dpt siapkan sistem ini.. tetapi disebabkan kesibukan melanda aku buat sistem ni bila ada masa lapang shj ..


skrin utk menu utama


Paging akan dipaparkan apabila data mempunyai 16 data  ke atas secara automatik.

aplikasi ini digunakan utk merekod kewangan peribadi.Sistem ini menggunakan beberapa tool framework yg sangat membantu membangunkan sesebuah sistem/aplikasi. Tool tersebut yg saya gunakan ialah framework codigniter, framework css 960 grid system dan formee.




Ralat sekiranya maklumat tidak di isi dengan lengkap. Validation ini saya menggunakan validation yg ada pada framework codeigniter


Sebagai bonus saya sertakan juga todo.

Sistem ni saya nk bg kepada sesiapa yang nak menggunakan ataupun utk belajar menggunakan framework... code yg digunakan dalam sistem ini sangat berguna kerana terdapat byk function walaupun sistem ini nampak kecil dan biasa... antara fungsi yg aku rasa susah dan memerlukan masa utk buat kajian antaranya menggunakan ajax untuk populate selectbox... carian dan pagination.... delete multiple menggunakan checbox dan banyak lagi... Perancangan saya juga sistem ni saya akan gunakan model utk dikongsikan dalam kursus utk tahun ni jika ada sambutan :)..


buat masa ni saya belum letak mana2 source code utk di download.... jika berminat boleh hubungi saya..

sekian terima kasih...

update :

Anda boleh download di sini 



6.14.2012

5.16.2012

Fungsi str_pad() dalam aturcara php


 Fungsi str_pad() dalam aturcara php

Contoh 1

$input=1;
echo str_pad( $input, 5, "0", STR_PAD_LEFT);

output = 00001


Contoh 46


$input=1;
echo str_pad( $input, 5, "0", STR_PAD_LEFT);

output = 00046

3.14.2012

Query data type blob dalam oracle

Soalan :

macam mana nak tau data kosong jika menggunakan data type blob dalam oracle...
Data type Blob digunakan untuk simpan gambar.


Jawapan :

Sila guna

length(nama_field)

Contoh penggunaan
Select
count(*)
FROM table
where length(member_photo) != 0

3.08.2012

UCAPAN PERHIMPUNAN KHAS PENJAWAT AWAM BERSAMA PERDANA MENTERI AKAN DIADAKAN PADA 8 MAC 2012


Antara kesimpulan yang dapat di ambil ialah


  • Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan.


  • 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, akan dilakukan penambahbaikan.


  • pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).


  • Jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.


  • Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.

Sumber : sinarharian

2.27.2012

Backup Database menggunakan cron job pada cpanel

Salam sejahtera,

Semoga anda semua sihat dan happy sentiasa..

Tutorial kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua untuk backup database menggunakan cron job yang disediakan oleh cpanel di dalam hosting anda.

1.Langkah pertama anda perlu login cpanel anda.

2. seterusnya anda perlu buat nama folder contohnya backupsql. Kemudian buat satu file nama backupsql.php. Kemudian ubah code ini dengan memasukkan maklumat mnegikut server anda.



3. Kemudian lihat cpanel anda ada cron job.So anda klik add new cron job.Anda perlu masukkan code pada command untuk mengarahkan cron job ini run script code php yang anda buat td.


Anda boleh pilih untuk backup database anda mengikut bulanan, harian, mingguan dan sebagainya.


Sila masukkan arahan ini dalam Command:

/usr/bin/php -q /home/xxxxxx(Biasanyanamadomainanda/public_html/backupsql/backupdb.php

Ini contoh email yang diterima setelah cron job di laksanakan.


Sekiranya anda ada masalah dan sebarang pertanyaan boleh email kepada saya.

Sekian terima kasih.

2.20.2012

Daftar streamyx secara Online

Salam sejahtera smua,

Dengan kecanggihan teknologi pelbagai masalah dan jalan penyelesaian di buat menerusi internet bagi membantu, memudahkan dan mempercepatkan segala urusan manusia. Bukan itu sahaja malah menjimatkan masa dan wang.

Perkara asas untuk menjadi seoarang Usahawan internet ialah harus memiliki internet bagi membolehkan mencapai internet sepanjang masa sama ada menggunakan streamyx atau broadband.

Bagi memudahkan anda yang baru untuk memasang streamyx anda boleh layari web ini daftar streamyx online. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma. Anda jangan bayar Satu sen pun kepada kami. Anda bayar setelah menerima Bil dari pihak TM dan anda juga bayar kepada pihak TM dan Bukan kepada kami.


2.04.2012

Semak Online BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Anda boleh menyemak status permohonan BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) dengan emailkan Nama dan No. KP ke BR1M[@]hasil[.]gov[.]my

Saya telah menyemak dan hasilnya

Tuan / Puan,

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA(BR1M)


Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan tuan / puan ( Nama : xxxxxxxxxxxxxxx , No. Pengenalan :xxxxxxxxxxxxxx ) bertarikh 30/12/2011 tidak diluluskan kerana :

X Tidak memenuhi syarat kelayakan.

Semakan mendapati jumlah pendapatan isi rumah adalah melebihi RM3,000.

Nama telah tersenarai dalam maklumat isi rumah yang lain.

2. Sebarang pertanyaan atau rayuan, sila hubungi Talian Utama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1-300-88-3010 atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang berdekatan.


Sekian, terima kasih.

''BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''



Kementerian Kewangan
Malaysia




Nota Penerangan Ringkas:



Nota ini bertujuan memberi penerangan ringkas sebab-sebab permohonan tidak diluluskan.


1. ''Tidak memenuhi syarat kelayakan'', merujuk kepada salah satu sebab di bawah:

i. Maklumat pemohon tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

ii. Pemohon berstatus bujang / ibu tunggal / bapa tunggal tetapi tiada tanggungan atau tiada maklumat tanggungan.

iii. Maklumat pemohon telah digunakan sebagai maklumat tanggungan pemohon lain.

iv. Pemohon adalah bujang / ibu tunggal / bapa tunggal mempunyai bilangan tanggungan tetapi tiada maklumat tanggungan.

v. Maklumat tanggungan yang diisi tidak lengkap.

vi. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan atau maklumat pasangan tidak diisi dengan lengkap.

vii. Percubaan memohon kali kedua tetapi maklumat status perkahwinan berbeza-beza.


2. ''Semakan mendapati jumlah pendapatan isi rumah adalah melebihi RM3,000'', merujuk kepada salah satu sebab di bawah:

i. Jumlah pendapatan isi rumah yang diisi di borang adalah melebihi RM3,000.

ii. Pendapatan pemohon dikenakan cukai pendapatan.

iii. Pendapatan suami atau isteri pemohon dikenakan cukai pendapatan.

iv. Pendapatan tanggungan yang dinyatakan dalam borang permohonan dikenakan cukai pendapatan.

v. Sama ada pemohon atau suami / isteri atau tanggungan tidak melepasi semakan data JPJ.


3. ''Nama telah tersenarai dalam maklumat isi rumah yang lain'', merujuk kepada salah satu sebab di bawah:

i. Permohonan suami atau isteri telah wujud.

ii. Permohonan tanggungan telah wujud.



Kena buat rayuan la jawabnyer lepas ni hu3...

2.02.2012

connect server application to server DB difference

Salam,
Terima kasih kepada yg sudi singgah blog saya.. moga memberi manfaat dan kebaikan kepada anda semua.

Bagaimana menghubungkan connection dari server aplikasi ke pangkalan data yang berlainan server dalam aturcara.

contoh aturcara :

$con = mysql_connect("localhost","ali","password"); if (!$con) {

die('Could not connect: ' . mysql_error()); } // some code


Perkataan yg berwarna merah ini kita menggunakan localhost apabila kita menghubungkan dari komputer/server applikasi dalam komputer/server yang sama dengan pangkalan data.


sekiranya server aplikasi ip 10.10.1.20 manakala server database 10.10.2.20 kita perlu menggunakan ip 10.10.2.20 bagi mengantikan localhost.Tujuan ini membolehkan server aplikasi dapat berhubung dengan server database.


$con = mysql_connect("10.10.2.20","ali","password"); if (!$con) {

die('Could not connect: ' . mysql_error()); } // some code


sekian terima kasih.

1.19.2012

Using photoshop export to html,image and css

Semoga anda semua sihat dan dalam keadaan yang happy..

Pada hari ini penulis nak berkongsi dengan anda semua bagaimana menggunakan photoshop untuk menghasilkan file html, image dan css.

Pernahkah anda terfikir bagaimana seorang designer menghasilkan web dari design yang di buat menggunakan photoshop???

Ikuti langkah2 yang penulis akan terangkan ...


1. Langkah pertama anda buat satu design templates sebagai contoh di bawah menggunakan photoshop. Seterusnya anda perlu menggunakan tool slice untuk slice templates seperti contoh di bawah.


2. Seterusnya, Anda klik pada "file"-> "save for web dan devices" seperti gambar di bawah.



3. Kemudian anda paparan di bawah akan dipaparkan. Pastikan anda klik pada "4-Up" dan "save".


4. Selanjutnya, Paparan di bawah akan dipaparkan dan klik pada setting->other.


5. Setelah anda klik pada other->Paparan dibawah akan dipaparkan. Dengan ini anda pastikan Output HTML di tick dan Setting=custom. Kemudian klik Next.



6. Seterusnya Paparan dibawah ini akan dipaparkan dan anda perlu tick pada Generate css. Kemudian klik "OK".



7. Simpan nama file html anda contohnya index seperti di bawah dan "save" di dalam folder yang anda inginkan. Pastikan Save and type=html and image.


8. Kemudian buka folder yang anda simpan terhasil nama file index.html dan satu folder images. Buka file index menggunakan browser IE, firefox atau crome.


9. Hasilnya


10. Untuk melihat coding html dan css anda perlu buka menggunakan tool editor seperti dreamweaver.




11. Hasilnya seperti di bawah. Anda boleh lihat photoshop boleh hasilkan code css.



Semoga tutorial ini memberi manfaat kepada programmer dan designer untuk meningkatkan skill anda.

semoga berjaya..


1.09.2012

antispyware 2012


Lihat pada nama semua mesti fikirkan perisian antispyware tetapi sebenarnya ini ialah virus/trojan yang menganggu komputer. Antispyware ini telah pun "menginap" di laptop saya pada petang tadi hu3.... Setelah mencuba beberapa kaedah dan perisian akhirnya berjaya gak menghalau tetamu yang x di undang. Terkena virus ini tetiba jew semasa tengah seronok surfing internet mencari theme wp...


Saya cadangkan anda menggunakan perisian superantispy ini untuk menghalau tetamu yang x di undang...



****


Kembali memblog...


Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri