Pages

1.22.2009

kepentingan screensaver


Tahukah anda pentingnya screensaver kepada komputer mahupun laptop.Kalau kita fikirkan nama pun screen saver di tejermahkan akan bermaksud penyelamat screen. Dengan ini sebenarnya memberi kebaikan kepada screen iaitu menyelamat screen. Antaranya screensaver berfungsi untuk menambah umur monittor atau screen. sekiranya monitor dibiarkan hidup tanpa menggunakan screensaver maka akan mengurangi umur monitor tersebut.


Kemungkinan screensaver biasanya terdiri dari kurang 3 warna yang menampilkan warna merah, Hijau dan Biru. ini juga kerana monitor komputer menggunakan sistem warna RGB (Red Green Blue) maka screensaver biasanya menampilkan warna-warna tersebut secara bergantian ketika sedang berfungsi dan ia bertujuan untuk mencegah agar monitor tersebut tidak cepat rosak.

antara fungsi yang dapat di simpulkan lagi:-
  • memanjangkan umur monitor atau screen
  • mencegah screen atau monitor cepat rosak



sekiranya anda tahu fungsinya yang lain sila kongsikan di ruang komen!!



Bookmark and Share








1.21.2009

Ubuntu buat ku buntu???????

Salam sejahtera semua,

Penulis ingin kongsikan beberapa asas OS ubuntu dengan os window. Memang sukar dan tidak dinafikan untuk berubah memerlukan masa.begitu jua dengan kita untuk berubah menggunakan ubuntu. Kita masih di ikat dan dimanjakan dengan os window sejak kita mula mengenal komputer sehingga kini.

Apa perisian ubuntu sebagai altenatif bagi perisian di window??

Jawapannya:

  • adobe photoshop-> anda boleh guna GIMP dalam ubuntu.
  • illustrator-> anda boleh guna inskcape
  • microsoft office-> anda boleh guna open office
  • yahoo mesengger->anda boleh guna gaim,pidgin,emphaty
  • winamp->anda boleh guna amarok,VLC, songbird,rhythmbox,real player untuk ubuntu ada,
  • video->mplayer, xine

Sebenarnya banyak lagi perisian yang anda boleh guna. Bagi mendapatkan perisian tersebut anda boleh gunakan google dengan menggunakan key yang saya nyatakan di atas dengan percuma. sekiranya ada bantuan boleh la bertanya di ruang komen. anda nyatakan spec laptop anda dan masalah yang anda hadapi atau saranan yang berkaitan dengan ubuntu.

Soalan jangan terlalu umum. contoh soalan yang tidak umum dan memudahkan saya jawab seperti contoh jika dalam window kita guna internet explorer dalam ubuntu guna apa?? mungkin kepada pengguna yang baru soalan yang kita ingin bertanya pun kita tidak tahu.saya pun tidak pandai sebenarnya tetapi ada pengalaman dalam menggunakan ubuntu. anda cari dahulu apa yang anda inginkan dan di buat dalam ubuntu.

sebagai contoh ingin membuat design seperti dalam photoshop dalam ubuntu anda boleh guna GIMP. jika anda tidak pandai guna GIMP anda perlu belajar sedikit demi sedikit sama seperti anda belajar menggunakan photoshop. semasa anda mula2 belajar window.. anda perlu lakukan juga ketika belajar menggunakan ubuntu.. sikit demi sedikit lama-lama berbukitlah ilmu anda tentang ubuntu.. semoga berjaya!!!!!!!! sama-sama kita kongsikan sumber terbuka ini...

anda juga boleh rujuk di blog ini mengenai ubuntu. apa yang menarik ia di tulis dalam bahasa melayu..

Bookmark and Share








1.20.2009

mencuba tanda kejayaan

Hari ini penulis ingin kongsikan pengalaman dengan anda semua dalam mencuba sesuatu akan memberi kejayaan kepada anda.tetapi pastikan cubaan anda tiada risiko dan memberi keburukan kepada anda. Di sini penulis ingin kongsikan dengan anda pengalaman penulis mencuba membaiki kipas angin dan kipas laptop(cooler). Motif penulis ingin sampaikan adalah sesuatu barang yang rosak jangan di buang terus.Tidak salah anda mencuba membaikinya.Mungkin dengan cubaan anda membaiki akan menjadi barang itu baik dan elok semula walaupun tidak menjadi sediakala. walaupun anda gagal tetapi anda berjaya mendapat pengalaman... paling tidak pun anda jadi ala2 mat gyver :)..

Kipas cooler laptop dah rosak.. tetapi dapat di selamatkan.. ingatkan masalah apa tidak berpusing
rupanya ada wire yang tercabut..


keadaan cooler Selepas di baiki




Masalah kipas ini juga tidak berfungsi.


Masalah kipas ini juga tidak berfungsi berpunca daripada kerosakan wire.Dengan ini penulis terpaksa potong wire kipas ini menjadi lebih pendek.xpe pendek asalkan leh guna :)... orang bujang cam saya ni x kisah pun leh guna kpas cam ni asalkan jimat heeeee..


Apa pula pengalaman anda dalam membaiki barang2 rosak???

Bookmark and Share









1.19.2009

misi hapuskan virus




Pada minggu lepas misi di office tempat saya kerja menghapuskan virus.. memang banyak virus yang ditemui dan ada sesetengah virus sukar di hapuskan. setelah di update license karpersky yang berbayar maka banyaklah virus yang di temui semasa proses scan dijalankan. ada beberapa komputer tidak dapat di install antivirus karpersky kerana disebabkan virus telah menguasai komputer tersebut.

Bagi mengatasi masalah tersebut penulis terpaksa hapuskan virus itu dahulu sebelum membuat proses instalasi antivirus karpersky. Bagi penyelesaian yang terakhir pada komputer yang teruk dan banyak virus(trojan,malware) penulis terpaksa cabut hard disk dan scan pada komputer yang mengandungi antivirus yang sempurna.

sumber gambar : justmywebsite

Bookmark and Share

1.16.2009

show icon notification Network connectivity




Pada jam hampir pukul 12 semalam penulis menerima sebuah panggilan dari kawan sekampung. waktu mata sedang hampir terlelap.Sekali dia tanya macam mana nak show icon network pada bar bawah di komputer.Bagi mengelakkan kejadian ini berulang saya menulis artikel ini show icon notification Network connectivity.

Kaedahnya :

1. Klik pada start->control panel->network connections
2. seterusnya , segala network connection pada komputer anda ditunjukkan. kemudian klik kanan pada network connection yang ingin dipapar pada bar bawah di komputer anda.(kalau wireless klik kanan pada wireless)


3. Kemudian tickan semua pada bulatan yang saya bulatkan seperti gambar di bawah ini.


4. akhir sekali cuba anda lihat pada bar di komputer anda akan dipaparkan icon tersebut. semoga berjaya :)


Bookmark and Share








Penulisan baca selanjutnya bermula disini

1.15.2009

process explore





perisian proses explorer ini sangat penting kepada juruteknik komputer mahupun kepada pengguna biasa.Namun untuk menggunakan perisian ini anda perlu mengetahui serba sedikit mengenai program yang

running pada komputer tersebut pada window atau virus atau program yang anda boleh matikan. Anda boleh menggunakan program ini ketika fungsi CTRL+ALT+DEL tidak berfungsi. Selain itu anda boleh menggunakan perisian ini untuk mematikan program yang running semasa anda melaksanakan sesuatu kerja bagi meringankan proses komputer tersebut. Biasanya perisian ini digunakan oleh juruteknik komputer membuat installation anti virus atau membuang virus.

Gambar di ambil dari technet.microsoft.com

download perisian ini.

Bookmark and Share









1.14.2009

vista : folder option

Artikel ini sangat sesuai kepada user yang baru menggunakan window vista termasuklah diri penulis sendiri. Sudah sekian lama sebenarnya penulis dan install vista tetapi "kaddang2" penulis guna. Penulis suka menggunakan ubuntu berbanding vista tetapi penulis perlu tahu dan explore juga window vista ini. Di sini penulis ingin berkongsi dengan anda bagaimana mencari folder option tetapi di vista dia panggil folder and search option.

caranya :

1. Klik pada start->computer->organise->folder and search option

2. Kemudian folder option akan di paparkan. Dengan ini anda dapat setting folder option anda.

3. success??? semoga berjaya.artikel ini simple aje tapi berguna untuk user yang baru.

Bookmark and Share









1.13.2009

minggu kepenatan

Minggu dengan kepenatan

  • service beberapa laptop
  • buat sistem untuk final projek student (brapa nak cas????)
  • cari driver laptop aku untuk vista x64 (wireless dah ok (hari ni baru ok), utk cable x jumpa lagi)
  • pindah rumah baru

Bookmark and Share








1.08.2009

error : "Generic volume cannot be stopped right now"

Pernahkah anda menghadapi error atau masalah semasa remove usb, memory card dan sewaktu dengannya di mana keluar error "Generic volume cannot be stopped right now".

penyelesaian :

Kaedah 1 :

1.Pastikan anda telah tutup semua file,folder atau program yang di buka daripada memory atau usb tersebut.

Kaedah 2 :

1. Anda menggunakan perisian unlocker untuk menyelesaikan masalah di atas tersebut.
2. Download di sini unlocker.[ Link lain ]


apa itu Unlocker?
Unlocker adalah explorer extension yang membolehkan anda klik kanan pada sesuatu file, folder atau pen drive bagi memusnahkan atau menghapuskan error message seperti di atas.



Bookmark and Share








Penulisan baca selanjutnya bermula disini

Perkara asas service komputer

Artikel hari ini penulis ingin kongsikan dengan anda perkara asas yang saya lakukan dalam service komputer atau laptop. Perkara ini di lakukan bagi melajukan prestasi komputer atau laptop dan membersih file temporary di dalam komputer.

Antaranya :-

  • registry cleanup
  • disk cleanup
  • defragment
  • setkan pada menushow delay value=0 (klik pada start->taip regedit pada run->HKEY_CURRENT_USER->Control Panel->Desktop->klik pada MenuShowDelay dan Setkan value data=0 pada MenuShowDelay).Tujuan adalah untuk melajukan semasa klik pada senarai program yang di install.perlu restart komputer untuk melihat hasilnya.
  • disable semua startup pada msconfig(klik pada start->taip msconfig pada run->klik startup->disable all->apply->restart komputer anda.

Bookmark and Share


1.07.2009

open office 3 + export ke PDF



Tahukah anda !!! open office telah menyediakan kemudahan secara default untuk export ke file PDF. Dengan ini memudahkan pengguna bagi export file yang dihasilkan ke dalam PDF. Dengan kemudahan ini anda tidak perlu bersusah payah untuk mencari perisian untuk menghasilkan file pdf.


Sekian lama saya dah install open office baru semalam baru perasan itu pun secara kebetulan :)

update 8/1/09

Download open office utk windows

Download onpen office 3 untuk linux



Bookmark and Share








Review Kit Ubuntu 8.10 dari Jomlinux


Gambar di ambil dari melayubuntu

Syukur kit ubuntu 8.10 dah sampai pada 5 jan 2009 tetapi aku terima pada 6 coz kerani lambat bagi kat aku. Jadi kesempatan ini walaupun lewat ckit aku review mengenai produk ini. harap maaf ye tuan produk heeee :)..

Dalam sampul surat tersebut ada :-


  1. CD Ubuntu 8.10
  2. Manual Panduan Pemasangan Ubuntu
  3. Sticker Ubuntu
Penulis rasa cukup kagum dengan beliau untuk menghasilkan cd kit tersebut. semangat open source yang dimiliki sukar di cari dan tidak semua ada sikap tersebut pada semua orang. Semoga dengan langkah yang dimulakan oleh beliau memberi manfaat kepada golongan yang ingin mengenal ubuntu. Dengan cd kit tersebut banyak memberi info dan membantu pengguna yang ingin mencuba ubuntu.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak jomlinux kerana berjaya menghasilkan produk ini.

Bookmark and Share






1.06.2009

clear remember in form dan search bar

Tahukah anda boleh hilangkan atau clearkan perkataan atau word pada form carian atau form pada browser anda dan juga pada search bar??? mungkin anda yang dah mahir sudah mengetahui tetapi artikel ini sesuai untuk user yang baru berjinak dengan internet. sila teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tutorial ini.

tutorialnya ialah (Ini untuk browser Firefox):-

1. Buka firefox anda.
2. Kemudian klik pada edit->preferences-privacy


3. anda perlu untick pada remember what i enter in forms and the search bar.

4. kemudian close. seterusnya cuba anda taip pada mana-mana form dan search bar akan hilang semua history semua perkataan yang anda taip sebelum ini. sekiranya anda tick browser tersebut akan menyimpan history setiap perkataan yang anda taip pada form dan search bar.


p/s: Anda yang menentukan pilihan anda!!!!.Selain itu juga banyak lagi yang anda boleh setkan bila anda perhatikan pada prefereces tersebut.Bagi browser internet explore(IE) saya akan tuliskan di masa yang lain.Konsepnya pada IE lebih kurang sama dengan firefox











1.05.2009

tips di alam cyber

Artikel kali ini penulis ingin kongsikan dengan para pembaca mengenai pentingnya anda tidak mendedahkan maklumat peribadi atau identiti anda di alam maya ini. Apa natijahnya jika anda mendedahkan maklumat peribadi anda seperti No KP, no tel dan maklumat-maklumat lain?? antaranya memudahkan pihak hacker atau pengkodam mengetahui latar belakang anda dan informasi-informasi yang penting mengenai anda. Tahukah anda saya pernah jumpa seseorang yang menceroboh akaun email orang lain dengan menggunakan maklumat yang ada di internet hanya dengan dapatkan maklumat tarikh lahir, tempat tinggal dan asal negeri lahir.Bayangkan jika anda dedahkan maklumat peribadi anda seperti no kp, no tel dan lain-lain. Dengan maklumat ini juga tidak mustahil hacker boleh memasuki internet banking menggunakan akaun anda!!! jadi berhati-hatilah di alam cyber dan alam maya ini. setiap langkah yang anda jejaki di alam maya ini ada bayang-bayang yang menjejaki anda..

Antara tips yang anda perlu elakkan :

  • Jangan dedahkan maklumat peribadi anda seperti No Kp, No tel dan maklumat peribadi yang lain.
  • Jangan gunakan username dan password yang sama antara akaun banking atau akaun email internet dengan web-web, forum, friendster, blog dan yang lain.
  • jangan guna verify keselamatan di akaun email anda dengan soalan yang mudah seperti hanya menggunakan tarikh lahir dan negeri lahir ini kerana memudahkan orang lain meneka dan dapatkan maklumat anda di internet. Gunaka dengan soalan yang sukar dan mudahkan anda ingat.

Bookmark and Share









Blog ini di hmetro









Syukur alhamdulillah blog ini ada di paparkan di hmetro pada ruangan DangSetia. semoga perkongsian informasi dapat memberi kebaikan kepada kita semua. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada hmetro pada ruangan DangSetia kerana memaparkan artikel tersebut.
sekian terima kasih.

Bookmark and Share









1.02.2009

membuka file .docx

Hari ni saya ingin kongsikan dengan anda mengenai satu masalah mengenai jenis file.

masalahnya : Ada seorang ni dia menerima satu file .docx. Dengan ini file tersebut tidak dapat di buka kerana file .docx merupakan file office 2007. manakala komputer tersebut menggunakan office 2003.

Penyelesaian: Anda perlu membuka file tersebut menggunakan office 2007. Pastikan semasa anda membuat file di office 2007 dan simpan dengan save as sebagai versi 2003 dapat di baca. Sekiranya anda menggunakan ubuntu anda perlu install open office versi 3.

sekian,

P/S : kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru.. semoga dengan tahun baru ini kita mempunyai azam dan cita-cita.. saya doakan semoga setiap cita-cita dan azam anda semua akan tercapai.. semoga amalan agama kita juga semakin tahun semakin meningkat.. amalkan amalam membaca Quran setiap hari.. solat di awal waktu dan secara berjemaah..



Bookmark and Share









Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri