Pages

10.19.2010

pengurusan risiko

terlebih dahulu mari kita memahami apa yang dimaksudkan dengan risiko. risiko ialah perkara yang tidak jangka dan ketidakpastian yang memberi kesan buruk atau negetif kepada kita. sebagai contoh risiko ialah penyakit, bencana, malapetaka dan sebagainya.
apakah persediaan anda untuk hadapi semua ini??

tahukan anda bidang pengurusan risiko ini salah satu ilmu islam dari pecahan ilmu muamalat. betapa lengkapnya ilmu islam ini.tahukah anda pentingnya mengurus risiko anda dengan cekap dan berkesan. Dalam kewangan islam mengambil berat dalam pengurusan risiko ini. sistem kewangan tidak beroperasi dengan cekap dan berkesan tanpa kewujudan sistem pengurusan risiko yang mantap dan cekap.

Dalam dunia yang global ini banyak wujudnya pelbagai risiko dan risiko yang terlalu tinggi. Di dalam islam ia tidak menolak mengenai pengurusan risiko kerana ia dibuktikan melalui ayat-ayat Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. Sebagai contoh dalam hadis ia berkisar mengenai seorang Arab Badwi yang bertanyakan pada Rasulullah s.a.w. tentang mana yang lebih baik; meninggalkan untanya tanpa diikat dan memohon agar Allah s.w.t. melindungi untanya ataupun mengikat untanya. Rasulullah s.a.w. menyuruhnya mengikat untanya dan kemudian barulah bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Seterusnya kepentingan kita mengurus risiko dalam kehidupan kita seperti contoh kita membuat insuran kereta. Contoh yang lain di sekolah pihak mengurusan sekolah mengenakan yuran takaful kepada pelajar.lazimnya takaful ini dinamakan takaful secara berkelompok.


sudahkan anda mengurus risiko diri anda??? renung-renungkan.. fikir-fikirkan....

3 comments:

  1. takut amik risiko maknanya kita takkan maju sampai bila2.

    ReplyDelete
  2. tul tu... thanks sudi singgah dan beri komen :)...

    ReplyDelete

Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri