Pages

5.11.2009

repeat slide show your presentation on power point


Salam,

artikel seterusnya saya ingin kongsikan dengan anda untuk membuat slide show dalam power point anda supaya slide yang dipaparkan berulang secara sendiri atau automatik tanpa anda perlu klik. Dengan kaedah ini ia akan repeat atau ulang slide anda dengan automatik sehingga anda menekan keyboard button "ESC".

Langkah-langkahnya:

1. Anda buka slide presentation file power point anda.

2. klik pada "slide show" pada menu atas di power point anda dan "pilih setup show".


3. Selepas anda setkan pada "show options" sebagai "loop continuosly until esc".


4.Cuba anda view show dan lihat hasilnya.

semoga berjaya...

Bookmark and Share

5.07.2009

show and hide desktop icons

Sekian lama tidak update informasi sebelum ini, kesempatan ada masa yg sedikit saya cuba mengupdate informasi di blog ini. enjoy...

Kali ini bagaimana kita nak show dan hide desktop icons di komputer anda.
Langkahnya:

1. Klik kanan pada mouse di desktop anda dan klik pada show desktop icons bagi menghilangkan desktop icons pada komputer anda.


2.Selepas itu anda akan lihat pada desktop anda jadi clean dan tiada icons pada desktop anda.



3. jika ingin kembalikan icon desktop anda hanya perlu buat seperti di atas iaitu klik kanan pada mause dan pilih show desktop icons.


4. Hasilnya kembali kpd yg asal atau defaults iaitu icons pada desktop akan di paparkan.



Bookmark and Share









4.01.2009

excel : blank document

Masalah: apabila membuka file excell baru atau file excel yang lama menjadi blank atau kosong.

penyelesaian:

1. Buka file excel->klik tool->option->General->untick ignore others applications.

P/S: Harap maaf kerana tidak dapat tunjukkan artikel ini dengan gambar.

Bookmark and Share








3.06.2009

Harap maklum

Penulis memohon maaf kerana tidak dapat update informasi yang terkini dalam masa terdekat ini di blog ini kerana ada urusan dan kesulitan yang amat di kesali. Di harap anda dapat informasi di posting yang lama atau arkib.
harap maklum..
sekian...

Bookmark and Share









3.04.2009

joomla + Allowed memory size of xxxxx.....

Pada hari ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca mengenai joomla. Penulis sendiri yang menghadapi masalah ini semasa menginstall joomla versi terbaru. Mungkin juga pembaca pernah mengalami masalah ini. Apabila anda upload sesuatu component,file, gambar atau apa-apa dan anda dapat error atau ralat : "Allowed memory size of xxx bytes exhausted".Ini berpunca daripada anda menggunakan banyak memory php. Ini disebabkan size file yang diupload besar dan sangat besar. Anda boleh cuba 2 kaedah di bawah ini :-

1. edit file php.ini

Open the php.ini file and change memory_limit = 8M to a larger value:
memory_limit = 16. tutorial lanjut.

2.edit file .htaccess

Jika anda tidak dapat access file php.ini terutamanya server secara online. Anda hanya perlu tambah code pada file . htaccess:

php_value memory_limit 16M

Note:anda juga boleh ubah nilai 16 kepada 32

P/S: Jika memberi ralat kepada internal server dan tidak dibenarkan anda hanya perlu buang balik code yang ditambah tadi.



Bookmark and Share








3.03.2009

SuperAntiSpyware




Perisian superantispyware ini dapat membuang spyware, adware, trojan dan dll. Perisian ini dapat buang dan detect 1 000 000 threats.

Kelebihan perisian ini :-

  • Detect and Remove Spyware, Adware, Malware, Trojans, Dialers, Worms, KeyLoggers, HiJackers, Parasites, Rootkits, Rogue Security Products dan banyak jenis threats.
  • Light on System Resources dan tidak membuatkan komputer anda slow seperti sesetengah produk lain.Perisian ini juga tidak ada conflik dengan perisian yang lain samaada antispyware atau antivirus.
  • Repair broken Internet Connections, Desktops, Registry Editing dan banyak lagi.
Download perisian SuperAntiSpyware



Bookmark and Share









3.02.2009

E-book mahir komputer

Blog yang saya sentiasa lawat dan belajar iaitu hardyweb telah menghasilkan ebook mahir komputer dengan percuma. antara kandungan ebook tersebut ialah menggunakan perisian tertentu seperti:-
  • photorec
  • teskdisk
  • winff
  • eraser
  • netdiscover
  • gimp
  • dan lain-lain
download percuma di sini e-book mahir komputer.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana kongsikan ilmu beliau kepada orang lain dengan percuma.

Bookmark and Share









tips external hard disk

Apa yang anda lakukan selepas membeli external Hard Disk(HD)??? Artikel ini saya ingin kongsikan dengan anda apa yang anda perlu lakukan selepas membeli external HD. Sebelum itu pastikan sebelum anda membayar external HD tersebut anda mestilah check terlebih dahulu external HD tersebut berfungsi dengan baik.Anda juga perlu semak saiz storan HD tersebut dikuatiri jika ada kesilapan. Selepas anda berpuas hati dengan HD tersebut bolehlah anda membayarnya. Pastikan anda membeli external HD yang terkini iaitu jenis SATA dan bukannya jenis IDE. Selepas anda membayar HD itu pastikan anda telah memformat external HD itu tersebut agar anda dapat menggunakan selepas membawa ke rumah. Anda juga boleh menyuruh Tuan Kedai yang format external HD tersebut. Biasanya tidak memerlukan kos untuk memformat external HD tersebut. Sekiranya ada kos anda sendiri boleh membuat format external HD tersebut. Jika anda tidak format external HD tersebut ia tidak boleh digunakan. apabila anda cucuk pada komputer, komputer tidak dapat mengenalpasti external HD tersebut kerana ia belum di format lagi. Komputer dapat detect tetapi ia tidak dipaparkan pada komputer.

Cara format external HD:-


1. Anda boleh menggunakan Partition Magic.
2. Selepas proses installation selesai anda buka perisian partition magic.
3. Perisian ini akan dapat detech external HD anda.Pilih create partion pada external HD anda. Semasa proses ini anda juga boleh membuat beberapa partition pada external HD anda.
4. Selepas selesai proses buat partition anda akan dapati pada My computer anda akan dapat detect external HD anda.Jika proses ini belum di laksanakan anda tidak boleh menggunakan external HD anda. Selepas anda buat partition dan format pada external HD anda, anda boleh gunakan external HD anda di mana-mana komputer dan laptop lain.


Beberapa situasi dan penyelesaian mengenai external HD :-

1.Masalah: cucuk external HD pada komputer pada port usb di depan komputer namun komputer tidak dapat kenalpasti external HD tersebut.

Penyelesaian: External HD memerlukan kuasa yang tinggi berbanding pen drive dengan itu anda perlu cucuk pada port yang di belakang iaitu port usb yang bersambung dgn motherboar.bukannya port yang ada di bhagian depan yang di sambung dengan wayar yang kecil.

2. Masalah : Anda telah sambungkan pada port usb di bahagian belakang iaitu yg direct dengan motherboard namun komputer tidak dapat kenalpasti external HD.

Penyelesaian : Cuba anda tukar casing yang lain dan cuba anda kenalpasti casing tersebut berfungsi atau tidak. kemungkinan masalah ini disebabkan oleh casing anda.walaupun anda baru membeli casing ini ia juga boleh menjadi masalah. hal ini saya sendiri yang hadapi. selepas beberapa minggu membeli external HD sy dapati casing telah tidak berfungsi dan kita perlu tukar dengan Tuan kedai. Masalah HD sendiri juga berkemungkinan. jadi anda perlu semak keduanya. Langkah pertama semak casing HD tersebut dahulu. kemudian HD tersebut.


Tips ringkasan membeli external HD:-
1. Membeli external HD jenis yang baru iaitu SATA.
2. Pastikan storan yang besar dan bersesuai dengan budget anda.kerana perbezaan harga storan yang kecil dan besar tidak jauh dan ketara sangat.
3.Pastikan anda waranty.
4.pastikan casing yang terdapat getah atau pembalut yang membantu mengelakkan keroskan yang terus pada external HD semasa terjatuh.
5.external HD tersebut berfungsi dengan baik sebelum anda membawa pulang.
6. Bandingkan harga antara kedai-kedai dan pilihlah kedai yang murah,berkualiti dan membantu pelanggan dengan prihatin dan mesra.




Bookmark and Share









2.25.2009

joomla 1.5: Fatal error: Allowed memory size

Fatal error: Allowed memory size of 8388608 bytes exhausted (tried to allocate 60 bytes) in C:\wamp\www\kgpigb\libraries\joomla\language\language.php on line 351

Pernahkah anda mengalami masalah ini ketika install joomla pada localhots?? Jika pernah penyelesaianya ada di sini. Error ini berlaku semasa saya install jomla versi terbaru petang semalan iaitu 1.5.9. Error ini terjadi bukan di sebabkan joomla sebenarnya. Semasa selepas proses installation selesai ada keluar error seperti di atas.

Penyelesaiannya:

1. Anda onkan wamp dan klik pada service->php.ini.



2. seterusnya anda cari perkataan limit menggunakan find.dan anda ubah perkataan 8M kepada 16M.


3. Kemudian anda simpan dan restart wamp anda.ataupun off dan on balik perisian wamp anda. semoga berjaya!!!!
Bookmark and Share









2.24.2009

monitor : error "out of range"

Masalah monitor memaparkan ralat atau error "Out of range".

Antara punca :

Di sebabkan masalah resolution monitor yang mana kemungkinan monitor sebelum ini menggunakan resolution rendah sebagai contoh 800 X 600. Kemudian anda tukar menggunakan monitor di mana resolution lebih tinggi daripada 800X600. Maka ralat akan berlaku ketika anda memasang monitor baru.

Penyelesaian :

Anda perlu menukarkan ke monitor lama atau ke monitor yang bersaiz resolution yang sama atau lebih kecil untuk mengelakkan ralat tersebut berlaku. Sekiranya komputer tersebut mempunyai grafik card pastikan anda install drivernya untk meningkatkan resolution komputer tersebut.


Masalah ini di kongsi oleh rakan saya dan mencuba kaedah ini dan berjaya menyelesaikan masalah tersebut. Situasi masalah rakan saya pelanggan dia menggunakan monitor bersaiz 15 dan dia menggunakan saiz 17 utk membuat baikpulih dan ralat tersebut keluar. kemudian saya cadangkan mengubahsuai resolution. Namun beliau menggunakan monitor bersaiz 15 dan ralat tersebut hilang. Sebenarnya anda juga boleh mengubah resolution selain menukar saiz monitor yang sama.


Bookmark and Share








2.23.2009

Clean RAM


Clean Ram dicipta untuk membersihkan memory komputer anda daripada memperuntukkan memory yang tidak diperlukan. Perisian ini akan meningkatkan keseluruhan prestasi komputer anda. Antaranya proses Loading and running semua aplikasi seperti (word processor,
spreadsheet, graphics editor, web browser dab lain-lain). Ia juga melancarkan dan melajukan lebih daripada sebelum ini.



Anda akan terkejut melihat tindak balas kelajuan pada komputer anda dengan menggunakan perisian ini. Selepas anda install perisian tersebut dan buka perisian tersebut secara automatik Clean RAM akan bekerja atau berfungsi secara belakang(background).Apabila komputer anda didapati physical memory mencapai jumlah yang kritikal perisian ini akan secara automatik membersihkan RAM kepada tahap yang optimum.

Download perisian Clean RAM.

sumber : freedownloadscenter

Bookmark and Share



2.20.2009

anti malware : malwarebytes'




malwarebytes' ini merupakan anti malware dan ini sangat penting kepada pengguna komputer terutamanya yang sentiasa access internet seperti saya. Perisian ini anda boleh dapatkan secara percuma. Perisian ini juga dapat mengesan trojan dan malware.



download di sini.

perisian ini diperkenalkan oleh im.terima kasih bro..

Bookmark and Share









2.19.2009

Internet download manager (IDM)




Internet download manager mempunyai banyak kelebihan bebanding download biasa. Saya suka menggunakan perisian ini kerana proses download lebih cepat dan boleh di sambung lain kali.

Kelebihan menggunakan perisian IDM:-
  • cepat
  • boleh resume(boleh stop dan sambung balik)
  • dan banyak lagi
IDM ini menyokong proxy servers, ftp dan http protocols, firewalls, redirects, cookies, authorization, MP3 audio dan MPEG video. IDM digabung/integrate Microsoft Internet Explorer, Netscape, MSN Explorer, AOL, Opera, Mozilla, Mozilla Firefox, Mozilla Firebird, Avant Browser, MyIE2, dan semua browser yang popular secara automatik semasa anda mendownload.

Versi terkini ialah 5.15 yang membolehkan IDM untuk download flash videos dari sites seperti YouTube, MySpaceTV, dan Google Videos.

P/s: Perisian ini berbayar.

Bookmark and Share








Penulisan baca selanjutnya bermula disini

2.18.2009

removal rogue : antivirus 2009 dan lain-lain

credit : .2-spyware

Antivirus 2009 sebenarnya bukan antivirus tetapi virus dan juga boleh dikatakan antivirus "tipu". Anda juga virus lain yang menyamar sebagai antivirus utk mengaburi mata pengguna. Dengan ini di harap pengguna komputer perlu berhati-hati dalam menginstall antivirus. Elakkan daripada menginstall antivirus yang kurang dikenali kerana ia dikuatiri antivirus penipuan. Di tempat saya bekerja selalu juga terkena virus ini. Sekiranya anda telah terkena atau ingin buat persediaan bolehlah mendownload removal virus tersebut di bawah ini. Removal ini bukan sahaja untuk virus antivirus 2009 tetapi banyak lagi kegunaan virus lain.

Download removal rogue.

Bookmark and Share









2.17.2009

formula excell : di antara file dan worksheet

Tahukah anda dengan menggunakan perisian microsoft excell kita boleh mengambil maklumat atau membuat formula di antara file excell dan worksheet. Kaedah ini saya temui apabila saya di kehendaki membuat satu sistem analisis peperiksaan (SAP). Dengan menggunakan kaedah ini kita boleh menghasilkan atau generate auto sesuatu hasil atau keputusan yang kita inginkan di hasilkan pada file lain atau pada worksheet yang lain. Sebelum ini saya belum mengetahui kemampuan excell sehingga ini tetapi ikut logik memang tidak mustahil excel tidak mampu buat. Cuma saya belum temui formulanya.Tanpa putus asa akhirnya saya jumpa jugak dan masalah saya untuk membuat sistem SAP dapat di selesaikan. Anda boleh ubah formula tersebut utk di gunakan dalam pelbagai penggiraan cuma anda pelu memahami konsep di bawah ini utk di aplikasikan dalam formula anda.

Formula Asas sebagai contoh ialah

Bagi antara sheet

NamaSheet!B2:B4

Bagi file dalam satu folder

[MyWorkbook.xls]NamaSheet1!A7

Bagi di sesuatu lokasi file

['C:\My Documents\[MyWorkbook.xlsx]Sheet1'!A2:A5

*Saya tidak galakkan menggunakan kaedah ini kerana sekiranya bila ia dipindahkan ke komputer lain lokasi alamat akan berubah. Untuk membuat kaedah ini saya cadangkan anda letak di C:\namafolderanda. namafolderanda tersebut mengandungi file2 excell anda.


Sekiranya anda ada masalah jangan segan2 tanya pada ruangan komen.Sekiranya anda ingin memberi info berkaitan formula excell sangat di alu-alukan.


Bookmark and Share









2.14.2009

black device


Black device ini mempunyai satu memori atau storage yang boleh menyimpan data-data yang telah ditekan pada keyboard oleh pengguna komputer. Alat ini boleh di cucuk pada belakang komputer yang mempunyai port PS/2.

Dengan adanya teknologi sebegini di harap kita semua berhati-hati apabila menggunakan komputer di tempat umum seperti cyber cafe, hotel, pameran atau sebagainya. Terutamanya kita ada membuat transaksi internet banking atau membuat transaksi yang berkaitan dengan maklumat peribadi kita. Ini kerana dengan teknologi alat tersebut boleh menyimpan maklumat sulit atau peribadi yang kita lakukan pada komputer tersebut.



credit : kenalikomputer

Bookmark and Share








2.13.2009

connect to projector

salam,

Pengalaman saya dalam menghubungkan laptop dengan projektor mempunyai pelbagai masalah yang di hadapi. Namun syukurlah masalah tersebut dapat di selesaikan dengan jayanya. Maybe kepada yang pakar tidak ada masalah baginya. Namun kepada mereka yang tidak mengetahui amat sukar untuk menyelesaikan masalah tersebut. oleh kerana inilah saya ingin kongsikan dengan pembaca-pembaca sekalian mengenai sambungan laptop kepada projektor.

antara masalahnya yang saya hadapi :

1. apabila laptop telah di sambung dengan projektor di dapati screen laptop gelap. Namun pada projektor di paparkan.

Penyelesaian :


Masalah ini terjadi pada pagi td pada laptop NEC. Saya hanya tekan fn+F4 terus ok.Kebiasaanya tekan kali pertama ia paparkan pada projektor sahaja.Untuk kali kedua ia papar pada monitor dan projektor.Untuk kali ketiga ia papar pada screen laptop shj.(kalau silap tolong betulkan).


Kesimpulan masalah laptop connect dengan projektor.

VGA cable
credit :umbc

1. Pastikan anda telah sambungkan VGA cable.


+

credit : meetingtomorrow

2. Anda perlu tekan pada keyboard untuk aktifkan sambungan tersebut.Ini bergantung kepada jenis laptop. Ia tidak sama. kalau laptop acer 4520 mcm saya ni tekan fn+f5. masalah juaga Bergantung kepada laptop ada yang terus papar. Manakala pula ada yang papar pada projektor sahaja dan sebaliknya. Anda juga boleh menggunakan cara manual.

iaitu :-

Anda klik kanan pada desktop -> graphic option -> ouput -> notebook dan monitor. Maybe cara ini tidak sama dengan jenis semua laptop tetapi ia boleh dijadikan rujukan. Yang penting anda setkan output menjadi notebook dan monitor.

Bookmark and Share








2.12.2009

removal karspersky


Sedang aku surfing internet aku jumpa satu removal yang menarik dan boleh dikatakan top jugak la removal ini. removal ini memang berguna pada aku. saat ini laptop aku di serang virus, malware dan trojan. laptop aku selalu je timbul masalah. xleh buka aplikasi.. ada pop up pelik2... dan macam2 lagi.. buat masa ni karspersky la penyelamat aku...

jom download removal karspersky.

Bookmark and Share









2.10.2009

masalah internet

Bermula dari tengahari semalam sehingga pagi ini masalah internet berlaku di office saya berkerja. Syukurlah akhirnya selesai jugak masalah ini. Petang semalam lagi saya selesaikan masalah ini namun tidak berjaya. tetapi pada pagi ini dengan rahmat dan keizinan Allah akhirnya berjaya jugak. Setelah aku reset dia punya router (billion) petang semalam selepas itu kita perlu setting semula. tetapi aku dah lupa dia punya configure dia terutamanya username dan password. Pagi2 lagi aku pun mencari la file dalam word yang mengandungi tutor untuk configure router ni dan akhirnya aku berjaya jumpai jugak.Petang semalam dan cari tetapi tidak jumpa dan aku configure jugak dan gagal...

Selepas jumpa tutor tersebut dan aku pun setting dengan jayanya.. syukulah.. lain kali kena simpan baik2 dokumen cam ni.. kalau x menyusahkan dan menimbulkan masalah. router ni akan buat hal la dalam setiap tahun. tahun lepas pun macam tu gak. tahun ni baru sekali ini saja.harap2 lain kali x buat hal lagi.

Bookmark and Share









2.09.2009

Lock and stop Internet Explorer running

Semoga Allah memberkati dan merahmati pembaca sekalian...

Pada hari ini penulis ingin kongsikan dengan pembaca kalian mengenai satu perisian untuk stop dan lock internet explore running atau berfungsi.

Keberkesanan perisian ini memang di uji oleh saya dengan jayanya. Apabila anda buka program internet explore perisian tersebut akan terus tutup Internet explore (IE) anda dengan automatic. Ia akan berkesan pabila anda restart selepas selesai proses intallation. sekiranya anda hadapi masalah seperti ini
internet explore keluar bertalu-talu tanpa di akses
anda juga boleh mencuba perisian ini.

cara untuk install perisian tersebut :-

1. Double klik pada install dan akan dipaparkan pop up seperti di bawah. Kemudian klik next.


2. Seterusnya masukkan password yang anda inginkan dan klik install.


3. selepas itu proses install berjaya akan dipaparkan.


Selepas itu folder programs akan dihasilkan di mana folder yang anda istall tadi.( bukan dalam C ye!!!!!!!)

kemudian anda masuk dalam folder programs dan klik pada icon ieclose untuk aktifkan perisian tersebut.


Untuk setting perisian tersebut pada start up hanya klik pada file dan pilih create key. untuk disable pada start up klik pada delete key.

Untuk membuang atau stop perisian ini klik pada stop.

download perisian tersebut di sini IEclose.


Bookmark and Share









2.06.2009

casing DVD



Hari ini saya ini kongsikan dengan anda untuk membuat casing DVD. Setelah saya mencari di google akhir saya dapat menyelesaikan masalah untuk membuat casing DVD. Tujuan saya membuat casing dvd ini untuk belajar dan meningkatkan ilmu di dada. Ini hasil casing DVD yang pertama saya hasilkan. Saya berpuas hati dengan hasil tersebut walaupun banyak kekurangan dan kelemahan. Saya berpuas hati kerana dapat di aplikasikan dalam projek saya yang pada peringkat permulaan.

Ini rangka untuk membuat casing DVD.


Download dalam psd
.

Bookmark and Share









Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri