Pages

2.17.2009

formula excell : di antara file dan worksheet

Tahukah anda dengan menggunakan perisian microsoft excell kita boleh mengambil maklumat atau membuat formula di antara file excell dan worksheet. Kaedah ini saya temui apabila saya di kehendaki membuat satu sistem analisis peperiksaan (SAP). Dengan menggunakan kaedah ini kita boleh menghasilkan atau generate auto sesuatu hasil atau keputusan yang kita inginkan di hasilkan pada file lain atau pada worksheet yang lain. Sebelum ini saya belum mengetahui kemampuan excell sehingga ini tetapi ikut logik memang tidak mustahil excel tidak mampu buat. Cuma saya belum temui formulanya.Tanpa putus asa akhirnya saya jumpa jugak dan masalah saya untuk membuat sistem SAP dapat di selesaikan. Anda boleh ubah formula tersebut utk di gunakan dalam pelbagai penggiraan cuma anda pelu memahami konsep di bawah ini utk di aplikasikan dalam formula anda.

Formula Asas sebagai contoh ialah

Bagi antara sheet

NamaSheet!B2:B4

Bagi file dalam satu folder

[MyWorkbook.xls]NamaSheet1!A7

Bagi di sesuatu lokasi file

['C:\My Documents\[MyWorkbook.xlsx]Sheet1'!A2:A5

*Saya tidak galakkan menggunakan kaedah ini kerana sekiranya bila ia dipindahkan ke komputer lain lokasi alamat akan berubah. Untuk membuat kaedah ini saya cadangkan anda letak di C:\namafolderanda. namafolderanda tersebut mengandungi file2 excell anda.


Sekiranya anda ada masalah jangan segan2 tanya pada ruangan komen.Sekiranya anda ingin memberi info berkaitan formula excell sangat di alu-alukan.


Bookmark and Share









No comments:

Post a Comment

Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri