Pages

Showing posts with label computer. Show all posts
Showing posts with label computer. Show all posts

1.08.2009

Perkara asas service komputer

Artikel hari ini penulis ingin kongsikan dengan anda perkara asas yang saya lakukan dalam service komputer atau laptop. Perkara ini di lakukan bagi melajukan prestasi komputer atau laptop dan membersih file temporary di dalam komputer.

Antaranya :-

  • registry cleanup
  • disk cleanup
  • defragment
  • setkan pada menushow delay value=0 (klik pada start->taip regedit pada run->HKEY_CURRENT_USER->Control Panel->Desktop->klik pada MenuShowDelay dan Setkan value data=0 pada MenuShowDelay).Tujuan adalah untuk melajukan semasa klik pada senarai program yang di install.perlu restart komputer untuk melihat hasilnya.
  • disable semua startup pada msconfig(klik pada start->taip msconfig pada run->klik startup->disable all->apply->restart komputer anda.

Bookmark and Share


11.14.2008

virus dumprep 0 -k

Kesan virus ini :-
  • Apabila komputer atau laptop yang terkena virus ini akan menyebabkan ia akan restart tersendiri. Selepas anda on pc tersebut dalam beberapa saat kemudian ia akan restart sendiri.
  • Virus ini juga aktif pada start up setiap kali pc di on. ini akan menyebabkan pc anda lembab sewaktu anda membuka pc anda. walaupun anda untick pada msconfig namun ia tetap berada di msconfig atau start up.

Kaedah mengatasi :
1. Gunakan perisian Perisian GVR yang versi terbaru dan jangan lupa setkan pada setting perisian tersebut seperti gambar di bawah.


2. Kemudian anda perlu scan menggunakan perisian ini di safe mode. selepas itu scan seperti biasa.

3. kemudian anda perlu delete dari start up list file virus ini dengan klik start->run->taip regedit-> dan cari lokasi file di bawah ini.

Cari key ini dan delete file virus tersebut.

[HKLM\SOFTWARE\Microsoft\Shared Tools\MSConfig\startupreg]
[HKLM\SOFTWARE\Microsoft\Shared Tools\MSConfig\startupfolder]


You can safely delete those entries.



P/s: Di tempat saya bekerja dah terkena virus ini dan dengan kaedah di atas saya dapat mengatasi masalah ini. Selepas pc tersebut dan ok jangan lupa install perisian anti virus seperti avira atau avg.

Di samping itu saya juga mencadangkan anda menggunakan Guna winparol.


Pihak penulis tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi perkara memberi keburukan atau kesan yang negetif kepada pc anda.









11.13.2008

HTTrack website copier

Sebelum anda membaca artikel ini di harap anda jangan menyalahgunakan perisian ini untuk perkara kejahatan atau salah guna. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kesalahan tersebut. Tujuan penulis adalah untuk memberi informasi dan berkongsi maklumat dengan pembaca!!!!.

Perisian ini digunakan untuk menduplicate atau copy website bagi tujuan untuk design laman web. Perisian ini free (GPL) dsn senang digunakan secara offline browser. Perisian ini membolehkan anda mendownload web dari internet dan di simpan di local direcory komputer anda. Perisian ini dapat menyimpan file html,images dan lain-lain file dari server untuk di simpan ke komputer anda.

Antara Kelebihan perisian ini :
  • Perisian ini juga akan menyusun atau menyimpan original link web yang berhubung.
  • Perisian ini akan menjadi cermin kepada web asal yang di ambil.
  • Perisian ini berfungsi di sistem pengoperasian(OS) Windows 9x/NT/2000/XP/Linux/Unix/BSD.

Dapatkan perisian tersebut dan keterangan lanjut di web Httrack.



Berita Pilihan :-







10.24.2008

window xp : lupa password

Pernahkah anda hadapi masalah lupa kata laluan??? bukan anda sahaja malah saya pun turut sama. Masalah ini juga berlaku kepada juruteknik kerana pelanggan tidak memberi katalaluan atau password. jadi untuk penyelesaian yang terbaik terpaksa ceroboh atau hack untuk memasuki pc tersebut. Banyak kaedah yang boleh digunakan antaranya



menggunakan arahan command prompt atau sesuatu perisian. Bagi memudahkan kerja saya menggunakan perisian Pc login now utk reset password tersebut. Tahukah anda dalam masa yang singkat anda boleh memasuki pc tersebut!!!!


Bagi mendapatkan perisian tersebut sila dapatkan di sini.



Notes :
Disebabkan perisian ini pengalaman kali pertama saya membuat burn secara file iso dan memahami konsepnya bagaimana membuat burn file secara iso. Alhamdulillah terus dapat dan jayanya. Dapatkan perisian utk burn file iso di sini.



10.23.2008

problem: Internet Explorer

Pernahkan anda menghadapi masalah pada Internet explore corrupt atau tidak berfungsi?? jika anda menghadapai masalah ini sila selesaikan masalah tersebut dengan kaedah di bawah ini.






  1. Masukkan CD perisian windows XP
  2. Klik Start -> Run
  3. Taipkan "cmd"
  4. Masukkan arahan ini dan tekan Enter:
  5. rundll32.exe setupapi,InstallHinfSection DefaultInstall 132 %windir%\Inf\ie.inf

sumber : blogstarz


10.20.2008

Auto logon for Windows XP

Artikel ini akan menerangkan bagaimana membolehkan komputer atau laptop anda di window xp akan log on secara automatik tanpa anda perlu memasukkan katalaluan setiap kali log on. Artikel ini akan memudahkan anda tanpa memasukkan katalaluan setiap kali menggunakan komputer anda. Jadi kepada sesiapa yang ingin mencuba bolehlah membaca artikel ini.

Langkah-langkahnya :



1. Klik start dan klik run pada komputer anda.

2. Dalam kotak run tersebut taip control userpasswords2 dan kemudian klik OK.

3. Seterusnya untick check box pada Users must enter a user name and password to use this computer. kemudian klik OK.

4. Selepas itu satu box akan dipaparkan untuk di isi username dan password anda. sila taip username dan password anda dan juga confirm password. sekiranya tiada kosongkan kotak tersebut. kemudian klik OK.

5. Langkah terakhir cuba anda restart dan lihat hasilnya. selamat mencuba :)

sumber : microsoft.com


10.15.2008

joomla : Warning! Failed to move file.

Masalah ini berlaku kepada kawan saya semasa beliau mencuba install joomla pada server. masalah yang timbul ialah keluar error

Warning! Failed to move file.


semasa beliau intall sesuatu component.. Biasanya masalah ini berlaku sekiranya server yang kita install itu menggunakan os linux.

Langkah penyelesaiannya:

Anda perlu buat permision agar menjadi permision 777 sesuatu folder yang kita perlu intallkan.
sebagai contoh
taipkan arahan ini pada terminal utk buat arahan chmod
chmod 777 namafolder

Pada istallation component joomla pastikan folder tmp telah menjadi permision 777 dan bagi versi joomla 1.5 pastikan anda telah enablekan legacy agar mengelakkan masalah yang timbul seperti di atas.


10.13.2008

Cuti Beraya tapi kerja tetap ada...


Walaupun cuti beraya namun kerja tetap ada. Sebelum pulang beraya kengkawan di kg telah sms supaya bawa balik cd2 utk format dan buang virus...

Kawan 1:
Masalah laptop : Terkena virus flash.10. brontok dan popup alert semasa mula2 on.

Penyelesaian yang di buat : Saya menggunakan cd rescue yang avira utk scan sebelum memasuki window. Saya untick semua program yang on semasa mula memasuki windows dengan taip msconfig pada run. kemudian untick semua. Akhir sekali guna GVR yang versi terbaru. semua masalah sudah selesai.



Kawan 2 :
Masalah laptop : terkena virus haha.js

penyelesaian : Delete file haha.js di regedit namun masih tetap ada. Guna cd rescue avira tetapi masih tetap ada lagi virus tersebut. AKhir sekali guna GVR versi yang terbaru baru ok... masalah dah setle.. kawan nak belanja mkn tp sayang x sempat jumpa coz masing2 sibuk huuu... blanja mkn kuih raya je huk3... kl x nk mkn kfc heeee... lama dah x mkn kfc ni :)....



9.24.2008

avira: Scan virus dengan Boot CD

Artikel ini menerangkan secara ringkas penggunaan untuk membuat boot cd dengan antivirus avira.

1. Pertama sekali anda perlu download terlebih dahulu boot cd.

2. Kemudian masukkan cd kosong ke dalam pemacu CD-ROM.

3. Kemudian selepas habis download anda perlu double klik pada file yang di download td.









4. Seterusnya akan dipaparkan untuk proses buat burn ke cd seperti yang ditunjukkan oleh gambar di bawah dan anda perlu klik pada burn cd.tunggu sehingga selesai.



5. ok Proses burn ke cd sudah siap.

Cara Penggunaan:

1. Pastikan anda sudah set pada BIOS agar pembacaan CD-ROM untuk pertama sekali pada sequence boot semasa proses boot. kemudian masukkan cd yang kita buat td iaitu cd boot cd avira.

2. Semasa dipaparkan utk pilihan semasa boot anda perlu taip 2 pada keyboard utk scan guna avira. taip 1 untuk normal atau ke hd.

3. ikuti langkah seterusnya dan buat pilihan mengikut kesukaan anda. ingat pastikan tekan "spacebar" pada keyboard untuk buat pilihan. Bukan tekan "enter". Tekan "enter" bila kita nak pilih OK.

4. Akhir sekali scan pc atau laptop anda sehingga selesai.

Nota : Tekan "spacebar" untuk kita buat pilihan. tekan "enter" untuk pilih OK.



anda juga boleh rujuk di sini.




9.11.2008

internet network problem on vista

Vista merupakan OS window versi yang terbaru yang mempunyai penampilan yang jauh berbeza dengan versi sebelum ini. Sesetengah pengguna komputer ada yang takut, benci dan suka bila menyebut vista. Perasaan benci adalah di sebabkan banyak masalah yang timbul dalam menggunakan os ini. Ini disebabkan salah satunya tidak biasa dan belum menguasai sepenuhnya untuk menggunakan window ini dan yang paling teruk adalah kesilapan os itu sendiri. Artikel ini menyentuh bagaimana mengatasi masalah mencapai internet dalam window ini. Saya tidak menafikan masalah ini sering terjadi kepada pengguna Vista. Di tempat saya bekerja pun sering menghadapi masalah ini pada pengguna window vista.

Tindakan yang



saya ambil untuk mengatasi masalah ini tp tidak berjaya :


-Buat diagnose
-enable dan disable
-tukar ip dinamik ke ip statik dan sebaliknya


Kaedah yang berjaya saya laksanakan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan :


1. Start –> Control Panel –> Network and Sharing Center -> Click Manage Network Connection –> right click on Local Area Connection

2. untick on Internet Protocol Version 6 (TCP/IPv6)

3. ok



untick seperti gambar di bawah :



5.28.2008

Auto shut down your computer

Sekiranya anda ingin matikan komputer anda dalam beberapa jam atau saat lagi tanpa menunggu anda bolehlah menggunakan kaedah ini.

  • Buka cmd(command prompt) pada komputer anda.
  • type shutdown -t nnn(nnn mewakili second).
  • anda perlu convert hour kpd second. sebagai contoh anda mahu tutup pc anda dalam masa 2 hours jadi anda perlu tulis shutdown -t 7200.ini kerana 2 hours times 3600 second(the number of seconds in one hour) = 7200 seconds.
harap membantu :)

sumber : earthv

5.22.2008

remove virus kavo

Kaedah buang virus kavo ialah :

  • anda perlu buang dua fail utamanya, iaitu kavo.exe dan kavo0.dll.
  • Kedua-dua fail ini terletak dalam C:\Windows\System32.

Masalahnya : kavo0.dll akan inject ke dalam setiap proses Windows, so anda tidak boleh delete.

Bagi membuang file tersebut anda perlu restart komputer dan masuk dalam safe mode dulu (tekan F8 sewaktu nak hidupkan PC). kemudian delete kedua-dua fail tersebut.

Kaedah kedua :

Fail yang harus dibuang ialah :

%system%\kavo.exe
%system%\kavo0.dll

[drive letter]:\ntdelect.com
[drive letter]:\autorun.inf

* %system% di dalam Windows XP merujuk kepada C:\Windows\system32

Edit nilai Registry
Bagi membuang / mengubah apa - apa nilai dalam registry, gunakan Registry Editor dengan
menaip “regedit” dalam Run.

Nilai registry yang harus dibuang:
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Run Kava = “%System%\kavo.exe”

Nilai registry yang harus diubah:
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced Hidden = “2″
Tukar “2″ kepada “1″
HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion\Explorer\Advanced ShowSuperHidden = “0″
Tukar “0″ kepada “1″
HKEY_LOCAL_MACHINE\SOFTWARE\Microsoft\Windows\CurrentVersion\
Explorer\Advanced\Folder\Hidden\SHOWALL CheckedValue = “0″
Tukar “0″ kepada “1″


Selain itu juga anda boleh guna killer.download killer kavo
sumber :
sembangkomputer
smallman
spyware remove



Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri