Pages

3.02.2009

tips external hard disk

Apa yang anda lakukan selepas membeli external Hard Disk(HD)??? Artikel ini saya ingin kongsikan dengan anda apa yang anda perlu lakukan selepas membeli external HD. Sebelum itu pastikan sebelum anda membayar external HD tersebut anda mestilah check terlebih dahulu external HD tersebut berfungsi dengan baik.Anda juga perlu semak saiz storan HD tersebut dikuatiri jika ada kesilapan. Selepas anda berpuas hati dengan HD tersebut bolehlah anda membayarnya. Pastikan anda membeli external HD yang terkini iaitu jenis SATA dan bukannya jenis IDE. Selepas anda membayar HD itu pastikan anda telah memformat external HD itu tersebut agar anda dapat menggunakan selepas membawa ke rumah. Anda juga boleh menyuruh Tuan Kedai yang format external HD tersebut. Biasanya tidak memerlukan kos untuk memformat external HD tersebut. Sekiranya ada kos anda sendiri boleh membuat format external HD tersebut. Jika anda tidak format external HD tersebut ia tidak boleh digunakan. apabila anda cucuk pada komputer, komputer tidak dapat mengenalpasti external HD tersebut kerana ia belum di format lagi. Komputer dapat detect tetapi ia tidak dipaparkan pada komputer.

Cara format external HD:-


1. Anda boleh menggunakan Partition Magic.
2. Selepas proses installation selesai anda buka perisian partition magic.
3. Perisian ini akan dapat detech external HD anda.Pilih create partion pada external HD anda. Semasa proses ini anda juga boleh membuat beberapa partition pada external HD anda.
4. Selepas selesai proses buat partition anda akan dapati pada My computer anda akan dapat detect external HD anda.Jika proses ini belum di laksanakan anda tidak boleh menggunakan external HD anda. Selepas anda buat partition dan format pada external HD anda, anda boleh gunakan external HD anda di mana-mana komputer dan laptop lain.


Beberapa situasi dan penyelesaian mengenai external HD :-

1.Masalah: cucuk external HD pada komputer pada port usb di depan komputer namun komputer tidak dapat kenalpasti external HD tersebut.

Penyelesaian: External HD memerlukan kuasa yang tinggi berbanding pen drive dengan itu anda perlu cucuk pada port yang di belakang iaitu port usb yang bersambung dgn motherboar.bukannya port yang ada di bhagian depan yang di sambung dengan wayar yang kecil.

2. Masalah : Anda telah sambungkan pada port usb di bahagian belakang iaitu yg direct dengan motherboard namun komputer tidak dapat kenalpasti external HD.

Penyelesaian : Cuba anda tukar casing yang lain dan cuba anda kenalpasti casing tersebut berfungsi atau tidak. kemungkinan masalah ini disebabkan oleh casing anda.walaupun anda baru membeli casing ini ia juga boleh menjadi masalah. hal ini saya sendiri yang hadapi. selepas beberapa minggu membeli external HD sy dapati casing telah tidak berfungsi dan kita perlu tukar dengan Tuan kedai. Masalah HD sendiri juga berkemungkinan. jadi anda perlu semak keduanya. Langkah pertama semak casing HD tersebut dahulu. kemudian HD tersebut.


Tips ringkasan membeli external HD:-
1. Membeli external HD jenis yang baru iaitu SATA.
2. Pastikan storan yang besar dan bersesuai dengan budget anda.kerana perbezaan harga storan yang kecil dan besar tidak jauh dan ketara sangat.
3.Pastikan anda waranty.
4.pastikan casing yang terdapat getah atau pembalut yang membantu mengelakkan keroskan yang terus pada external HD semasa terjatuh.
5.external HD tersebut berfungsi dengan baik sebelum anda membawa pulang.
6. Bandingkan harga antara kedai-kedai dan pilihlah kedai yang murah,berkualiti dan membantu pelanggan dengan prihatin dan mesra.




Bookmark and Share









1 comment:

Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri