Pages

Showing posts with label Virus. Show all posts
Showing posts with label Virus. Show all posts

10.15.2010

virus semua folder menjadi shorcut dan folder asal missing

virus ini akan menyebabkan folder asal di dalam pen drive anda akan hilang dan menjadikan folder anda menjadi shortcut. walaupun anda telah setting show hidden folder ini tetap tiada di dalam pen drive anda. virus ini akan menjadikan nama folder anda di dalam pen drive namafolder.ink.

virus ini sangat kuat bagi saya kerana saya telah cuba buang dengan menggunakan antivirus seperti Avast, kaspersky yang berlesen lagi... removal karspersky... avira... namun tidak berjaya... Pada percubaan pertama menggunakan antivirus avast berjaya mengesan virus tersebut. tetapi bila kali kedua saya masukkan pen drive ia gagal mengesan dan membuang virus itu.

penyelesaian :


Cara pertama
-sekiranya anda bawa ke kedai(tidak semua kedai buat mcm ini) pen drive ini akan terus di format dan keadaan pen drive anda kembali pulih tetapi segala maklumat penting anda akan hilang.Anda sendiri pun boleh buat cara ini sekiranya anda rasa maklumat yang ada dalam pen drive anda tidak penting.

cara kedua:
-Anda hanya cari os LINUX dan cucuk pen drive anda dan tidak perlu risau kerana virus itu tidak memberi kesan kepada os LINUX. selepas itu anda backup data anda yang penting dan delete semua file yang bernama .ink. senang kan??? x perlu scan dan buang masa mencari antivirus yang kuat. selepas itu anda perlu format pen drive anda kerana apabila anda cucuk kembali pada window virus itu masih wujud. selepas anda backup menggunakan OS linux(saya menggunakan ubuntu) dan format pen drive.

selamat mencuba.

3.30.2010

virus .scr

Salam,

Sekian lama x update blog ini. InsyaAllah lepas ni sy cuba luangkan masa utk update.

virus .scr ini baru je menyerang pendrive saya. Mula-mula kena memang cuak dan takut sebab semua folder data saya hilang yang mana kena virus ini apabila peranti antivirus saya (avast) mendelete folder tersebut. Hakikat sebenarnya antivirus avast tersebut hapuskan folder .scr.

Kesan virus ini menyebabkan secara automatik buatkan nama folder yang .scr akan hidden. jadi anda jgn bimbang dan takut.


Penyelesaian:

Pergi pada tool-> folder option->view->show hidden file. Setkan folder hidden kesan dari pada virus tersebut supaya tidak hidden.



terima kasih kepada yang melawat blog ini walaupun sekian lama tidak update.

2.04.2009

masalah : pc restart when install driver

Di sini saya ingin berkongsi dengan anda satu masalah yang saya hadapi pada hari ini. masalah tersebut ialah apabila install driver audio untuk sebuah komputer apabila hampir finish komputer tersebut terus restart. Pc tersebut akan restart setiap kali hampir finish installation driver tersebut.

saya lihat pada msconfig ada virus dumprep. mungkin kerana virus ini menyebabkan masalah ini terjadi.

Langkah yang di buat dan berjaya :-

1. Saya install GVR dan setting agar dia auto start, disable autorun dan delete virus.

2. Saya rujuk pada artikel ini.

kemudian restart komputer tersebut dan saya install driver dan terus berjaya..

Bookmark and Share









1.19.2009

misi hapuskan virus




Pada minggu lepas misi di office tempat saya kerja menghapuskan virus.. memang banyak virus yang ditemui dan ada sesetengah virus sukar di hapuskan. setelah di update license karpersky yang berbayar maka banyaklah virus yang di temui semasa proses scan dijalankan. ada beberapa komputer tidak dapat di install antivirus karpersky kerana disebabkan virus telah menguasai komputer tersebut.

Bagi mengatasi masalah tersebut penulis terpaksa hapuskan virus itu dahulu sebelum membuat proses instalasi antivirus karpersky. Bagi penyelesaian yang terakhir pada komputer yang teruk dan banyak virus(trojan,malware) penulis terpaksa cabut hard disk dan scan pada komputer yang mengandungi antivirus yang sempurna.

sumber gambar : justmywebsite

Bookmark and Share

1.15.2009

process explore





perisian proses explorer ini sangat penting kepada juruteknik komputer mahupun kepada pengguna biasa.Namun untuk menggunakan perisian ini anda perlu mengetahui serba sedikit mengenai program yang

running pada komputer tersebut pada window atau virus atau program yang anda boleh matikan. Anda boleh menggunakan program ini ketika fungsi CTRL+ALT+DEL tidak berfungsi. Selain itu anda boleh menggunakan perisian ini untuk mematikan program yang running semasa anda melaksanakan sesuatu kerja bagi meringankan proses komputer tersebut. Biasanya perisian ini digunakan oleh juruteknik komputer membuat installation anti virus atau membuang virus.

Gambar di ambil dari technet.microsoft.com

download perisian ini.

Bookmark and Share









12.11.2008

shelldrv.exe

Hari ini saya menerima satu email yang menanyakan bagaimana nak membuang virus shelldrv.exe. selepas saya mencari di google apa yang saya faham virus ini adalah jenis trojan.

lokasi file ini berada di


C:\Windows\System32\shelldrv.exe
Secara automatik jugak file ini ada di start up

HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Active Setup\Installed Components

HKEY_CURRENT_USER\Software\Microsoft\Active Setup\Installed Components

Cadangan :

saya mencadangkan anda cuba menggunakan perisian di bawah ini.
Cara membuang di start up:
Klik start->run->taip msconfig->start up->untick pada file tersebut(jik a kurang pasti untick semua)

Cara buang pada regedit:-
klik start->run->taip regedit->find(atau tekan keyboard ctrl+F)->taip nama file tersebut dan delete file virus tersebut.

p/s: Di harap anda dpt memberi komen keberkesanan menggunakan perisian di atas utk membuang virus shelldrv.exe. semoga kita semua dapat berkongsi.









12.10.2008

touchpad tidak berfungsi

touchpad laptop anda tidak berfungsi? mungkin masalah ini tidak berfungsi di sebabkan oleh driver atau kesilapan pengguna yang off atau disable touchpad tanpa di sedari.. mungkin anda belum hadapi masalah ini tetapi tidak mustahil ada akan alami kelak nanti.. jadi anda beruntung membaca artikel ini. masalah ini di alami oleh pelanggan saya iaitu touchpad laptopnya tidak berfungsi.

saya lihat pada driver semua ok dan berfungsi dengan baik. termenung saya memikirkan masalah ini. saya tanya pada pelanggan mengapa ini terjadi?? dia kata kemungkinan disebabkan virus.sebabnya lepas format hari tu semua ok tetapi selepas kena virus touchpad tidak berfungsi. di kepala aku kena format la plak laptop ini. lepas aku buang virus dan check penyakit yang ada virus semua ok selepas buang virus tersebut menggunakan GVR. Namun masalah touchpad masih tidak berfungsi. apa masalahnya kalau anda tahu??

puncanya :-

anda tertekan atau ter disable dengan menekan Fn+F7.

Penyelesaiannya:-

anda perlu tekan kembali Fn+F7.


tahukah anda Key ini merupakan untuk off dan on touchpad pada laptop anda.


Bookmark and Share









12.05.2008

autorun eater

autorun eater ini di perkenalkan oleh kawan saya fisol. autorun eater ini merupakan perisian yang membolehkan kita delete file autorun.inf di dalam hard disk atau pen drive atau yang sewaktu dengannya. dengan menggunakan perisian ini kita dapat elakkan daripapa virus merebak atau mejangkiti pc kita. Anda boleh dapatkan perisian ini dengan percuma di sini.

Bookmark and Share









11.14.2008

virus dumprep 0 -k

Kesan virus ini :-
  • Apabila komputer atau laptop yang terkena virus ini akan menyebabkan ia akan restart tersendiri. Selepas anda on pc tersebut dalam beberapa saat kemudian ia akan restart sendiri.
  • Virus ini juga aktif pada start up setiap kali pc di on. ini akan menyebabkan pc anda lembab sewaktu anda membuka pc anda. walaupun anda untick pada msconfig namun ia tetap berada di msconfig atau start up.

Kaedah mengatasi :
1. Gunakan perisian Perisian GVR yang versi terbaru dan jangan lupa setkan pada setting perisian tersebut seperti gambar di bawah.


2. Kemudian anda perlu scan menggunakan perisian ini di safe mode. selepas itu scan seperti biasa.

3. kemudian anda perlu delete dari start up list file virus ini dengan klik start->run->taip regedit-> dan cari lokasi file di bawah ini.

Cari key ini dan delete file virus tersebut.

[HKLM\SOFTWARE\Microsoft\Shared Tools\MSConfig\startupreg]
[HKLM\SOFTWARE\Microsoft\Shared Tools\MSConfig\startupfolder]


You can safely delete those entries.



P/s: Di tempat saya bekerja dah terkena virus ini dan dengan kaedah di atas saya dapat mengatasi masalah ini. Selepas pc tersebut dan ok jangan lupa install perisian anti virus seperti avira atau avg.

Di samping itu saya juga mencadangkan anda menggunakan Guna winparol.


Pihak penulis tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi perkara memberi keburukan atau kesan yang negetif kepada pc anda.









10.27.2008

yahoo mesengger cannot run

Pernahkah anda mengalami masalah ini??? apabila anda membuka atau double klik program yahoo mesengger untuk menggunakan perisian tersebut tetapi tidak dapat... ia keluar sekejap sahaja pada tepi icon bar selepas itu hilang. Saya buat tekaan ni mesti virus punya angkara!!! Saya sudah cuba scan menggunakan GVR versi terbaru, avira dan pc mac namun dia tidak dapat mengesan virus tersebut. Jadi saya rasa program yahoo mesengger yang ada masalah atau corrupt. Dengan itu saya uninstall dan instal balik program tersebut namun usaha itu tidak berhasil... tapi yang pelik semasa buka program tersebut ia tiada keluar error apa-apa.

Selepas membuat kajian dan analisis dengan membuka start->run->taip "msconfig"->lihat pada startup.









Saya dapati ada dua program di startup yang saya rasa yang menyebabkan yahoo mesengger saya ada masalah iaitu rujuk pada gambar di atas di mana saya gariskan warna merah pada gambar tersebut. Selepas saya untick program tersebut dan restart. Kemudian saya cuba membuka program yahoo mesengger dan akhirnya berjaya. sekarang saya sudah faham dan tahu sebabnya. Apabila anda sekadar untick pada start up masalah ini mungkin berulang kerana ia tidak dibuang sepenuhnya. Saya cuba delete file pada regedit kedua-dua file tersebut namun hanya berjaya delete file yahoom sahaja. Jika anda ada cadangan atau komen sila berikan pada ruang komen mengenai masalah ini...

10.14.2008

wamp: problem cannot running

Sebelum ini laptop saya mempunyai masalah untuk running perisian wamp selepas terkena virus. Apabila start je perisian tersebut ada keluar pop up command promt dan ada keluar error. perisian ini adalah web server bagi apache dan membolehkan code php di run dan database mysql berfungsi. Di sebabkan perisian ini tidak boleh run maka tergendala kerja2 programming dan pembangunan web.

Antara perkara yang telah di buat namun gagal ialah scan GVR versi lama, scan mengguna cd resque avira dan scan guna antivirus avira.

Kaedah yang berjaya selesaikan masalah ini ialah saya remove GVR versi lama dan install GVR versi 4.1 dan scan kemudian terus ok....... sekarang saya dapat running wamp pada laptop saya... tara!!!!!!!!! sikalang kena wat keje la :)...



10.13.2008

Cuti Beraya tapi kerja tetap ada...


Walaupun cuti beraya namun kerja tetap ada. Sebelum pulang beraya kengkawan di kg telah sms supaya bawa balik cd2 utk format dan buang virus...

Kawan 1:
Masalah laptop : Terkena virus flash.10. brontok dan popup alert semasa mula2 on.

Penyelesaian yang di buat : Saya menggunakan cd rescue yang avira utk scan sebelum memasuki window. Saya untick semua program yang on semasa mula memasuki windows dengan taip msconfig pada run. kemudian untick semua. Akhir sekali guna GVR yang versi terbaru. semua masalah sudah selesai.



Kawan 2 :
Masalah laptop : terkena virus haha.js

penyelesaian : Delete file haha.js di regedit namun masih tetap ada. Guna cd rescue avira tetapi masih tetap ada lagi virus tersebut. AKhir sekali guna GVR versi yang terbaru baru ok... masalah dah setle.. kawan nak belanja mkn tp sayang x sempat jumpa coz masing2 sibuk huuu... blanja mkn kuih raya je huk3... kl x nk mkn kfc heeee... lama dah x mkn kfc ni :)....



9.24.2008

avira: Scan virus dengan Boot CD

Artikel ini menerangkan secara ringkas penggunaan untuk membuat boot cd dengan antivirus avira.

1. Pertama sekali anda perlu download terlebih dahulu boot cd.

2. Kemudian masukkan cd kosong ke dalam pemacu CD-ROM.

3. Kemudian selepas habis download anda perlu double klik pada file yang di download td.









4. Seterusnya akan dipaparkan untuk proses buat burn ke cd seperti yang ditunjukkan oleh gambar di bawah dan anda perlu klik pada burn cd.tunggu sehingga selesai.



5. ok Proses burn ke cd sudah siap.

Cara Penggunaan:

1. Pastikan anda sudah set pada BIOS agar pembacaan CD-ROM untuk pertama sekali pada sequence boot semasa proses boot. kemudian masukkan cd yang kita buat td iaitu cd boot cd avira.

2. Semasa dipaparkan utk pilihan semasa boot anda perlu taip 2 pada keyboard utk scan guna avira. taip 1 untuk normal atau ke hd.

3. ikuti langkah seterusnya dan buat pilihan mengikut kesukaan anda. ingat pastikan tekan "spacebar" pada keyboard untuk buat pilihan. Bukan tekan "enter". Tekan "enter" bila kita nak pilih OK.

4. Akhir sekali scan pc atau laptop anda sehingga selesai.

Nota : Tekan "spacebar" untuk kita buat pilihan. tekan "enter" untuk pilih OK.



anda juga boleh rujuk di sini.




9.05.2008

adakah dllhost ini virus??




Sesebuah komputer menjadi lembap salah satu disebabkan oleh kerana ada prosess back end(proses tersembunyi) sedang berjalan atau running. proses yang running secara tersembunyi ini juga merupakan file virus atau malware. Sukar bagi kita hendak mengenalpasti file yang running di task manager itu yang mana



bukan file proses windows atau virus. Artikel ini menerangkan file dllhost ini ada running pada task manager. sekiranya di komputer anda tidak anda ini menunjukkan komputer anda bebas dari dllhost. Apa yang saya tahu jika file ini running ia akan menyebabkan proses memory tinggi. Saya menggunakan antivirus *** walaupun telah update utk menghapuskan file ini namun tidak berjaya. Saya terminate pun tidak berjaya. selepas terminate dia akan kembali ada. saya delete melalui safe mode masih tidak berjaya. Akhir sekali saya membuat keputusan untuk mencuba antivirus free avira. Alhamdulillah dengan menggunakan avira saya berjaya membuang dllhost. Dengan ini saya sarankan anda menggunakan avira bagi membuang file dllhost yang running pada komputer anda.

6.19.2008

virus oh virus

Virus oh virus... tidak asing bagi pengguna komputer mengenai virus lagi2 pengguna windows.. boleh dikatakan hari2 dgn masalah ini... so aku nak bg tips yg sangat berguna utk mencegah virus ini... mencegah itu lebh mudah drpd merawat... ramai yg tidak tahu hal ini dan kalau yg tahu pun tidak ambil peduli...

Tipsnya:

Pastikan anda jgn sesekali double click dlm mana2 folder komputer anda ini kerana bila double click pd mana2 folder andainya ada virus maka virus tersebut merebak... anda juga jgn double click saat membuka file dr pend drive anda. Apa yg anda perlu lakukan ialah klik kanan dan pilih explore.

Tips sekiranya anda tidak boleh buka pend drive??
Bila double akan kuar error. masalah ini sering terjadi. byk kali aku jumpa masalah ini terjadi. Perkara yg anda perlu lakukan ialah dengan klik kanan dan pilih explore.sekiranya x dapat anda rename nama pen drive tersebut.

selamat mencuba :)




6.17.2008

virus pet32

Pagi semalam aku terima satu laptop oleh Cikgu. Masalah laptop tersebut bila kita double click dia akan ada kuar error/mesej (maaf xde gambar nk ditunjukkan) dan folder tersebut tidak boleh di buka. Sekiranya kita buka secara explore dapat buka.. aku dah dpt agak ini mesti virus. Aku check2 ada virus pet32.. aku pun scan la hd laptop tu... sampai la ke petang waktu nak blk.10 minit waktu bekerja nak habis.. so aku tgk antivirus karpersky x detect... last2 malas nk tunggu aku pun pergi


ke start->run->taip regedit



lepas tu bila registry editor dibuka aku pergi ke edit->find->taip pet32.


selepas itu bila dah jumpa aku terus delete file pet32 di registry editor. Kemudian aku repaire registry menggunakan GVR. Pastu aku pun test double click pada mana2 folder alhamdulillah semuanya dah ok.. So jgn buang masa je nk scan2 terus je buat langkah2 di atas utk buang virus pet32..




Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri