Pages

Showing posts with label FAQ. Show all posts
Showing posts with label FAQ. Show all posts

11.17.2008

friendster have problem


bakpo abs jd hilang member2 dalam friendster aku????



Ni mesej yang aku terima dari seorang kawan aku dalam fs. Dengan persoalan dari beliau aku cuba mencari jawapan dari soalan tersebut. Jawapan yang aku temui dan tekaan aku antaranya ialah disebabkan oleh pihak admin fs yang membuat penyelenggaraan.

sumber lain : forum.lowyat







11.14.2008

virus dumprep 0 -k

Kesan virus ini :-
  • Apabila komputer atau laptop yang terkena virus ini akan menyebabkan ia akan restart tersendiri. Selepas anda on pc tersebut dalam beberapa saat kemudian ia akan restart sendiri.
  • Virus ini juga aktif pada start up setiap kali pc di on. ini akan menyebabkan pc anda lembab sewaktu anda membuka pc anda. walaupun anda untick pada msconfig namun ia tetap berada di msconfig atau start up.

Kaedah mengatasi :
1. Gunakan perisian Perisian GVR yang versi terbaru dan jangan lupa setkan pada setting perisian tersebut seperti gambar di bawah.


2. Kemudian anda perlu scan menggunakan perisian ini di safe mode. selepas itu scan seperti biasa.

3. kemudian anda perlu delete dari start up list file virus ini dengan klik start->run->taip regedit-> dan cari lokasi file di bawah ini.

Cari key ini dan delete file virus tersebut.

[HKLM\SOFTWARE\Microsoft\Shared Tools\MSConfig\startupreg]
[HKLM\SOFTWARE\Microsoft\Shared Tools\MSConfig\startupfolder]


You can safely delete those entries.



P/s: Di tempat saya bekerja dah terkena virus ini dan dengan kaedah di atas saya dapat mengatasi masalah ini. Selepas pc tersebut dan ok jangan lupa install perisian anti virus seperti avira atau avg.

Di samping itu saya juga mencadangkan anda menggunakan Guna winparol.


Pihak penulis tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi perkara memberi keburukan atau kesan yang negetif kepada pc anda.









11.13.2008

HTTrack website copier

Sebelum anda membaca artikel ini di harap anda jangan menyalahgunakan perisian ini untuk perkara kejahatan atau salah guna. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kesalahan tersebut. Tujuan penulis adalah untuk memberi informasi dan berkongsi maklumat dengan pembaca!!!!.

Perisian ini digunakan untuk menduplicate atau copy website bagi tujuan untuk design laman web. Perisian ini free (GPL) dsn senang digunakan secara offline browser. Perisian ini membolehkan anda mendownload web dari internet dan di simpan di local direcory komputer anda. Perisian ini dapat menyimpan file html,images dan lain-lain file dari server untuk di simpan ke komputer anda.

Antara Kelebihan perisian ini :
  • Perisian ini juga akan menyusun atau menyimpan original link web yang berhubung.
  • Perisian ini akan menjadi cermin kepada web asal yang di ambil.
  • Perisian ini berfungsi di sistem pengoperasian(OS) Windows 9x/NT/2000/XP/Linux/Unix/BSD.

Dapatkan perisian tersebut dan keterangan lanjut di web Httrack.



Berita Pilihan :-







10.24.2008

window xp : lupa password

Pernahkah anda hadapi masalah lupa kata laluan??? bukan anda sahaja malah saya pun turut sama. Masalah ini juga berlaku kepada juruteknik kerana pelanggan tidak memberi katalaluan atau password. jadi untuk penyelesaian yang terbaik terpaksa ceroboh atau hack untuk memasuki pc tersebut. Banyak kaedah yang boleh digunakan antaranya



menggunakan arahan command prompt atau sesuatu perisian. Bagi memudahkan kerja saya menggunakan perisian Pc login now utk reset password tersebut. Tahukah anda dalam masa yang singkat anda boleh memasuki pc tersebut!!!!


Bagi mendapatkan perisian tersebut sila dapatkan di sini.



Notes :
Disebabkan perisian ini pengalaman kali pertama saya membuat burn secara file iso dan memahami konsepnya bagaimana membuat burn file secara iso. Alhamdulillah terus dapat dan jayanya. Dapatkan perisian utk burn file iso di sini.



10.22.2008

windows xp: safe mode problem

Tahukah anda windows mempunyai boot windows secara normal dan secara safe mode. boot secara safe mode ini sangat penting kepada pengguna ini kerana salah satu kaedah untuk membuang virus. safe mode tidak boleh masuk merupakan salah satu kesan yang besar dan memberi masalah yang besar terutama kepada juruteknik. Artikel ini akan menerangkan bagaimana kaedah yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah ini.

Cara biasa yang digunakan untuk memasuki atau boot safe mode adalah tekan key F8 semasa windows tengah boot.Sekiranya anda tidak dapat memasuki dengan kaedah ini anda boleh cuba kaedah di bawah ini.

Langkah-langkahnya :

1: Tutup semua program atau aplikasi yang dibuka.

2: Klik start button->pilih run.

3: Dalam kotak run tersebut taip msconfig.

4: Selepas itu System configuration utilities akan dipaparkan. kemudian klik pada BOOT.INI.



5: Kemudian anda tick pada /SAFEBOOT dan klik ok (rujuk gambar di atas). kemudian restart dan lihat hasilnya.


Notes:

Original [operating systems]
multi(0)disk(0)rdisk(0)partition(2)\WINDOWS="Microsoft Windows XP Professional" /FASTDETECT /NOEXECUTE=OPTIN

After using MsConfig.exe [operating systems]
multi(0)disk(0)rdisk(0)partition(2)\WINDOWS="Microsoft Windows XP Professional" /FASTDETECT /NOEXECUTE=OPTIN /safeboot:minimal

Apabila telah selesai menggunakan safe mode anda perlu ubah kepada normal balik dengan untick pada langkah yang kelima di BOOT.INI.


sumber : bleepingcomputer

10.21.2008

error: "Unmountable Boot Volume" on Win XP

Pernahkan anda hadapi masalah ini?? apabila boot window xp anda terlihat error atau ralat dipaparkan "Unmountable Boot Volume". tahukah anda apa sebabnya?? sebenarnya masalah ini terjadi disebabkan file boot.ini hilang atau rosak.

Langkah-langkah mengatasi:

1. Anda masukkan cd windows xp dan pastikan pada BIOS anda telah setkan supaya baca cd utk first boot.Biarkan ia boot cd window xp.

2. Tunggu sehingga anda melihat pada screen untuk setup tekan R. Selepas anda tekan R dos prompt akan dipaparkan.

3. Kemudian anda taip pada dos tersebut

chkdsk /p dan tekan enter.
apabila telah selesai taip fixboot dan tekan enter
"Y" dan tekan enter

seterusnya,taip exit dan tekan enter.

Kemudian system akan reboot dan masuk windows.

selamat mencuba :)...


Sekiranya tidak menjadi anda boleh cuba dengan boot recovery consol seperti di atas
dan taip "chkdsk /r" kemudian tekan enter.
apabila telah selesai taip exit dan tekan enter.



sumber : techtips4u.com

10.17.2008

windows: genuine notification

Pernahkah anda menghadapi masalah ini?? atau gangguan ini?? setiap kali anda log on pc anda akan dipaparkan gangguan ini??


Gambar ini di ambil dari fakap
Selepas itu di paparkan notification ini??



Bagi menyelesaikan masalah ini anda hanya perlu install wga remover pada komputer atau laptop anda yang terkena gangguan tersebut.

Anda boleh rujuk di blog fakap bagi maklumat selanjutnya.


Sila hantar ke email saya kepada sesiapa yang ingin atau mendapatkan perisian tersebut.



Bagi menyelesaikan masalah atau gangguan ini anda juga boleh mencuba dengan cara manual ikut kaedah beberapa link di bawah ini :

http://www.visualwin.com/Disable-C-A-D/

http://are-d.890m.com/blog/?p=69

9.16.2008

uninstall Ubuntu on dual boot Windows XP

Artikel kali ini menerangkan bagaimana cara untuk uninstall boot ubuntu dalam windows xp. Artikel ini saya laksanakan semasa membuang boot ubuntu dalam window xp kawan saya.

Masalahnya:

"Setiap kali on Laptop ada dua pilihan boot iaitu ubuntu dan windows. default yang disetkan ialah ubuntu jadi setiap kali on mesti kena tunggu dah kena pilih windows dan tekan enter. Jika leka dan lupa pilih boot windows laptop tersebut akan memasuki boot ubuntu. Dengan ini saya terpaksa kena restart semula setelah memasuki ubuntu. Saya sudah tidak mahu guna ubuntu (bukan tidak suka ubuntu tetapi buat masa ni saya tidak mahu guna lagi). Jadi macam mana saya nak jadikan laptop saya ni satu boot sahaja iaitu window xp dan buang untuk boot ubuntu"



Dengan itu saya ikuti langkah di bawah ini untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sebelum itu saya ingin maklumkan kpd anda bhw kawan saya menggunakan laptop ASUS. Dalam laptop beliau ada dua OS iaitu ubuntu versi feisty dan window xp sp2. Beliau ingin membuang boot os ubuntu dan hanya ingin menggunakan windows xp sahaja.


Masukkan CD win xp anda ke dalam pemacu CD(pastikan anda telah setkan pada BIOS agar first boot adalah CD-ROM).

1. Paparan screen biru akan dipaparkan dan tunggu sehingga memaparkan arahan untuk membuat pilihan repaire, format dan etc. Pilih repaire.

2. Seterusnya anda akan ditanya dengan taip 1 untuk meneruskan atau masuk c. Taip 1 dan tekan enter pada keyboard.
3. Masukkan kata laluan jika ada katalaluan sekiranya tiada anda tekan enter.
4. Kemudian pada command prompt taip

dan tekan enter.

5. Dengan ini Windows akan overwrite maklumat dual boot dalam MBR ubuntu yang di letakkan di sini. (Bagi pengguna linux yang lain maybe anda boleh cuba menggunakan kaedah ini).
5. Reboot!. selepas itu anda akan lihat tiada lagi dual boot ubuntu. Ia akan menjadi normal iaitu satu os sahaja.

selepas anda memasuki window dan melihat partition anda jangan terkejut kerana partition ubuntu anda tiada kelihatan ini kerana kaedah ini hanya untuk membuang dual boot ubuntu sahaja. Bagi membuat partion baru pada partition ubuntu yang tidak digunakan saya mencadangkan anda menggunakan perisian partition magic bagi window xp.



Langkah di atas telah di uji oleh saya dengan membuang boot ubuntu dengan jayanya.Sekiranya anda menggunakan os lain dan ingin mencuba kaedah di atas adalah di alu-alukan serta jangan lupa berikan laporan di sini.


Sumber : bobmorris

8.28.2008

browser: cookies rejected

cookies rejected ini berlaku saat ada ingin login atau masuk ke sesuatu laman web seperti yahoo email atau web yang sewaktu dengannya. Masalah ini disebabkan oleh cookies.Bagi menyelesaikan masalah tersebut anda hanya perlu tekan default pada setting browser.

Kaedahnya:

Buka browser anda sama ada IE atau Firefox->Tools->Internet Options->Privacy tab-> Klik 'Default'.

selesai!!!




6.10.2008

gambar tiada dipaparkan pada browser

Pada hari ni aku terima 2 soalan dari kawan aku kenapa gambar tidak dipaparkan pada browser. aku pun pelik kenapa jadi macam tu.pelik???? pikir punya pikir last2 aku try dan error. akhirnya dapat gak.. masalah ini berlaku pada browser yang mengunakan IE. so xnak bg fening2 aku pun setting restore default pada browser IE. Punca masalah ini berlaku kemungkinan ada tersilap setting.

Langkah kerja :


  • pergi ke tools->internet option->advanced.
  • kemudian klik Restore defaults.



senang je kan...

Kalu ada apa2 masalah bg tau je. Kalu ada masa dan sy tahu jawab insyaAllah saya jawab.




Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri