Pages

1.19.2012

Using photoshop export to html,image and css

Semoga anda semua sihat dan dalam keadaan yang happy..

Pada hari ini penulis nak berkongsi dengan anda semua bagaimana menggunakan photoshop untuk menghasilkan file html, image dan css.

Pernahkah anda terfikir bagaimana seorang designer menghasilkan web dari design yang di buat menggunakan photoshop???

Ikuti langkah2 yang penulis akan terangkan ...


1. Langkah pertama anda buat satu design templates sebagai contoh di bawah menggunakan photoshop. Seterusnya anda perlu menggunakan tool slice untuk slice templates seperti contoh di bawah.


2. Seterusnya, Anda klik pada "file"-> "save for web dan devices" seperti gambar di bawah.



3. Kemudian anda paparan di bawah akan dipaparkan. Pastikan anda klik pada "4-Up" dan "save".


4. Selanjutnya, Paparan di bawah akan dipaparkan dan klik pada setting->other.


5. Setelah anda klik pada other->Paparan dibawah akan dipaparkan. Dengan ini anda pastikan Output HTML di tick dan Setting=custom. Kemudian klik Next.



6. Seterusnya Paparan dibawah ini akan dipaparkan dan anda perlu tick pada Generate css. Kemudian klik "OK".



7. Simpan nama file html anda contohnya index seperti di bawah dan "save" di dalam folder yang anda inginkan. Pastikan Save and type=html and image.


8. Kemudian buka folder yang anda simpan terhasil nama file index.html dan satu folder images. Buka file index menggunakan browser IE, firefox atau crome.


9. Hasilnya


10. Untuk melihat coding html dan css anda perlu buka menggunakan tool editor seperti dreamweaver.




11. Hasilnya seperti di bawah. Anda boleh lihat photoshop boleh hasilkan code css.



Semoga tutorial ini memberi manfaat kepada programmer dan designer untuk meningkatkan skill anda.

semoga berjaya..


1.09.2012

antispyware 2012


Lihat pada nama semua mesti fikirkan perisian antispyware tetapi sebenarnya ini ialah virus/trojan yang menganggu komputer. Antispyware ini telah pun "menginap" di laptop saya pada petang tadi hu3.... Setelah mencuba beberapa kaedah dan perisian akhirnya berjaya gak menghalau tetamu yang x di undang. Terkena virus ini tetiba jew semasa tengah seronok surfing internet mencari theme wp...


Saya cadangkan anda menggunakan perisian superantispy ini untuk menghalau tetamu yang x di undang...



****


Kembali memblog...


11.26.2010

fungsi decode dalam oracle

Salam,

semoga anda semua dlm keadaan sihat dan bahagia...

lama tul x update blog ni.. dilanda kesibukan..

hari ni nak share psl penggunaan decode dalam oracle

ni sample sintax sql

select
count(decode (state,'192009200112102152338935988411','PUTRAJAYA')) PUTRAJAYA,
count(decode (state,'010021064214100579586504522753','JOHOR')) JOHOR,
count(decode (state,'010021064214100579590790423197','KEDAH')) KEDAH,
count(decode (state,'010021064214100579594564723444','KELANTAN')) KELANTAN,
count(decode (state,'010021064214100579597220823691','MELAKA')) MELAKA,
count(decode (state,'010021064214100579599413723938','N9')) N9,
count(decode (state,'010021064214100579607276024795','PERLIS')) PERLIS,
count(decode (state,'010021064214100579644489527382','PAHANG')) PAHANG,
count(decode (state,'010021064214100579664170329689','P.PINANG')) P.PINANG,
count(decode (state,'010021064214100579667737330179','SABAH')) SABAH,
count(decode (state,'010021064214100579670332030441','SELANGOR')) SELANGOR,
count(decode (state,'010021064214100579672112530693','SARAWAK')) SARAWAK,
count(decode (state,'010021064214100579677523331757','TERENGGANU')) TERENGGANU,
count(decode (state,'010021064214100579707565133805','WP')) WP
from namatable
date_reg BETWEEN to_date('01/11/2010','dd/mm/yyyy') and to_date('30/11/2010','dd/mm/yyyy')

Hasilnya :-



sintax oracle di atas utk mengira data atau dalam table mengikut negeri. korang leh guna sintax dia atas untuk membuat statistik.

sekian terima kasih.




10.19.2010

pengurusan risiko

terlebih dahulu mari kita memahami apa yang dimaksudkan dengan risiko. risiko ialah perkara yang tidak jangka dan ketidakpastian yang memberi kesan buruk atau negetif kepada kita. sebagai contoh risiko ialah penyakit, bencana, malapetaka dan sebagainya.
apakah persediaan anda untuk hadapi semua ini??

tahukan anda bidang pengurusan risiko ini salah satu ilmu islam dari pecahan ilmu muamalat. betapa lengkapnya ilmu islam ini.tahukah anda pentingnya mengurus risiko anda dengan cekap dan berkesan. Dalam kewangan islam mengambil berat dalam pengurusan risiko ini. sistem kewangan tidak beroperasi dengan cekap dan berkesan tanpa kewujudan sistem pengurusan risiko yang mantap dan cekap.

Dalam dunia yang global ini banyak wujudnya pelbagai risiko dan risiko yang terlalu tinggi. Di dalam islam ia tidak menolak mengenai pengurusan risiko kerana ia dibuktikan melalui ayat-ayat Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. Sebagai contoh dalam hadis ia berkisar mengenai seorang Arab Badwi yang bertanyakan pada Rasulullah s.a.w. tentang mana yang lebih baik; meninggalkan untanya tanpa diikat dan memohon agar Allah s.w.t. melindungi untanya ataupun mengikat untanya. Rasulullah s.a.w. menyuruhnya mengikat untanya dan kemudian barulah bertawakkal kepada Allah s.w.t.

Seterusnya kepentingan kita mengurus risiko dalam kehidupan kita seperti contoh kita membuat insuran kereta. Contoh yang lain di sekolah pihak mengurusan sekolah mengenakan yuran takaful kepada pelajar.lazimnya takaful ini dinamakan takaful secara berkelompok.


sudahkan anda mengurus risiko diri anda??? renung-renungkan.. fikir-fikirkan....

10.15.2010

virus semua folder menjadi shorcut dan folder asal missing

virus ini akan menyebabkan folder asal di dalam pen drive anda akan hilang dan menjadikan folder anda menjadi shortcut. walaupun anda telah setting show hidden folder ini tetap tiada di dalam pen drive anda. virus ini akan menjadikan nama folder anda di dalam pen drive namafolder.ink.

virus ini sangat kuat bagi saya kerana saya telah cuba buang dengan menggunakan antivirus seperti Avast, kaspersky yang berlesen lagi... removal karspersky... avira... namun tidak berjaya... Pada percubaan pertama menggunakan antivirus avast berjaya mengesan virus tersebut. tetapi bila kali kedua saya masukkan pen drive ia gagal mengesan dan membuang virus itu.

penyelesaian :


Cara pertama
-sekiranya anda bawa ke kedai(tidak semua kedai buat mcm ini) pen drive ini akan terus di format dan keadaan pen drive anda kembali pulih tetapi segala maklumat penting anda akan hilang.Anda sendiri pun boleh buat cara ini sekiranya anda rasa maklumat yang ada dalam pen drive anda tidak penting.

cara kedua:
-Anda hanya cari os LINUX dan cucuk pen drive anda dan tidak perlu risau kerana virus itu tidak memberi kesan kepada os LINUX. selepas itu anda backup data anda yang penting dan delete semua file yang bernama .ink. senang kan??? x perlu scan dan buang masa mencari antivirus yang kuat. selepas itu anda perlu format pen drive anda kerana apabila anda cucuk kembali pada window virus itu masih wujud. selepas anda backup menggunakan OS linux(saya menggunakan ubuntu) dan format pen drive.

selamat mencuba.

Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri