Pages

1.22.2009

kepentingan screensaver


Tahukah anda pentingnya screensaver kepada komputer mahupun laptop.Kalau kita fikirkan nama pun screen saver di tejermahkan akan bermaksud penyelamat screen. Dengan ini sebenarnya memberi kebaikan kepada screen iaitu menyelamat screen. Antaranya screensaver berfungsi untuk menambah umur monittor atau screen. sekiranya monitor dibiarkan hidup tanpa menggunakan screensaver maka akan mengurangi umur monitor tersebut.


Kemungkinan screensaver biasanya terdiri dari kurang 3 warna yang menampilkan warna merah, Hijau dan Biru. ini juga kerana monitor komputer menggunakan sistem warna RGB (Red Green Blue) maka screensaver biasanya menampilkan warna-warna tersebut secara bergantian ketika sedang berfungsi dan ia bertujuan untuk mencegah agar monitor tersebut tidak cepat rosak.

antara fungsi yang dapat di simpulkan lagi:-
  • memanjangkan umur monitor atau screen
  • mencegah screen atau monitor cepat rosak



sekiranya anda tahu fungsinya yang lain sila kongsikan di ruang komen!!



Bookmark and Share








1.21.2009

Ubuntu buat ku buntu???????

Salam sejahtera semua,

Penulis ingin kongsikan beberapa asas OS ubuntu dengan os window. Memang sukar dan tidak dinafikan untuk berubah memerlukan masa.begitu jua dengan kita untuk berubah menggunakan ubuntu. Kita masih di ikat dan dimanjakan dengan os window sejak kita mula mengenal komputer sehingga kini.

Apa perisian ubuntu sebagai altenatif bagi perisian di window??

Jawapannya:

  • adobe photoshop-> anda boleh guna GIMP dalam ubuntu.
  • illustrator-> anda boleh guna inskcape
  • microsoft office-> anda boleh guna open office
  • yahoo mesengger->anda boleh guna gaim,pidgin,emphaty
  • winamp->anda boleh guna amarok,VLC, songbird,rhythmbox,real player untuk ubuntu ada,
  • video->mplayer, xine

Sebenarnya banyak lagi perisian yang anda boleh guna. Bagi mendapatkan perisian tersebut anda boleh gunakan google dengan menggunakan key yang saya nyatakan di atas dengan percuma. sekiranya ada bantuan boleh la bertanya di ruang komen. anda nyatakan spec laptop anda dan masalah yang anda hadapi atau saranan yang berkaitan dengan ubuntu.

Soalan jangan terlalu umum. contoh soalan yang tidak umum dan memudahkan saya jawab seperti contoh jika dalam window kita guna internet explorer dalam ubuntu guna apa?? mungkin kepada pengguna yang baru soalan yang kita ingin bertanya pun kita tidak tahu.saya pun tidak pandai sebenarnya tetapi ada pengalaman dalam menggunakan ubuntu. anda cari dahulu apa yang anda inginkan dan di buat dalam ubuntu.

sebagai contoh ingin membuat design seperti dalam photoshop dalam ubuntu anda boleh guna GIMP. jika anda tidak pandai guna GIMP anda perlu belajar sedikit demi sedikit sama seperti anda belajar menggunakan photoshop. semasa anda mula2 belajar window.. anda perlu lakukan juga ketika belajar menggunakan ubuntu.. sikit demi sedikit lama-lama berbukitlah ilmu anda tentang ubuntu.. semoga berjaya!!!!!!!! sama-sama kita kongsikan sumber terbuka ini...

anda juga boleh rujuk di blog ini mengenai ubuntu. apa yang menarik ia di tulis dalam bahasa melayu..

Bookmark and Share








1.20.2009

mencuba tanda kejayaan

Hari ini penulis ingin kongsikan pengalaman dengan anda semua dalam mencuba sesuatu akan memberi kejayaan kepada anda.tetapi pastikan cubaan anda tiada risiko dan memberi keburukan kepada anda. Di sini penulis ingin kongsikan dengan anda pengalaman penulis mencuba membaiki kipas angin dan kipas laptop(cooler). Motif penulis ingin sampaikan adalah sesuatu barang yang rosak jangan di buang terus.Tidak salah anda mencuba membaikinya.Mungkin dengan cubaan anda membaiki akan menjadi barang itu baik dan elok semula walaupun tidak menjadi sediakala. walaupun anda gagal tetapi anda berjaya mendapat pengalaman... paling tidak pun anda jadi ala2 mat gyver :)..

Kipas cooler laptop dah rosak.. tetapi dapat di selamatkan.. ingatkan masalah apa tidak berpusing
rupanya ada wire yang tercabut..


keadaan cooler Selepas di baiki




Masalah kipas ini juga tidak berfungsi.


Masalah kipas ini juga tidak berfungsi berpunca daripada kerosakan wire.Dengan ini penulis terpaksa potong wire kipas ini menjadi lebih pendek.xpe pendek asalkan leh guna :)... orang bujang cam saya ni x kisah pun leh guna kpas cam ni asalkan jimat heeeee..


Apa pula pengalaman anda dalam membaiki barang2 rosak???

Bookmark and Share









1.19.2009

misi hapuskan virus




Pada minggu lepas misi di office tempat saya kerja menghapuskan virus.. memang banyak virus yang ditemui dan ada sesetengah virus sukar di hapuskan. setelah di update license karpersky yang berbayar maka banyaklah virus yang di temui semasa proses scan dijalankan. ada beberapa komputer tidak dapat di install antivirus karpersky kerana disebabkan virus telah menguasai komputer tersebut.

Bagi mengatasi masalah tersebut penulis terpaksa hapuskan virus itu dahulu sebelum membuat proses instalasi antivirus karpersky. Bagi penyelesaian yang terakhir pada komputer yang teruk dan banyak virus(trojan,malware) penulis terpaksa cabut hard disk dan scan pada komputer yang mengandungi antivirus yang sempurna.

sumber gambar : justmywebsite

Bookmark and Share

1.16.2009

show icon notification Network connectivity




Pada jam hampir pukul 12 semalam penulis menerima sebuah panggilan dari kawan sekampung. waktu mata sedang hampir terlelap.Sekali dia tanya macam mana nak show icon network pada bar bawah di komputer.Bagi mengelakkan kejadian ini berulang saya menulis artikel ini show icon notification Network connectivity.

Kaedahnya :

1. Klik pada start->control panel->network connections
2. seterusnya , segala network connection pada komputer anda ditunjukkan. kemudian klik kanan pada network connection yang ingin dipapar pada bar bawah di komputer anda.(kalau wireless klik kanan pada wireless)


3. Kemudian tickan semua pada bulatan yang saya bulatkan seperti gambar di bawah ini.


4. akhir sekali cuba anda lihat pada bar di komputer anda akan dipaparkan icon tersebut. semoga berjaya :)


Bookmark and Share








Penulisan baca selanjutnya bermula disini

Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri