Pages

4.24.2010

jsp : clear cache pada browser IE

Salam, di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya membangunkan sistem menggunakan kaedah ajax untuk buat sesuatu proses seperti carian atau lain-lain2 dalam jsp.

Sebagai contohnya saya membuat proses carian (menggunakan browser IE) tetapi ada perubahan di dalam database ketika proses carian maklumat tidak dijumpai walaupun maklumat tersebut ada. Bila saya tutup browser dan buka semula dan buat carian maklumat dijumpai. Akhirnya saya menemui punca iaitu masalah cache. Jika saya menggunakan browser firefox tiada masalah.

so code utk clear cache pada browser IE ialah.





<%
response.setHeader("Cache-Control","no-cache"); //HTTP 1.1
response.setHeader("Pragma","no-cache"); //HTTP 1.0
response.setDateHeader ("Expires", 0); //prevents caching at the proxy server
%>




Sila letakkan code ini di atas sekali dalam file anda.




4.22.2010

Greybox : close automatically and reload parent page

Alhamdulillah dengan izin Allah akhirnya berjaya gak guna greybox untuk tutup automatically page dan reload parent page.

ni code dia utk automatically tutup pop up guna greybox.Anda perlu letak dalam syntax body.


onLoad="self.setTimeout('parent.parent.location.reload().GB_hide()', 5000);"



P/S:
value 5000 ni anda boleh ubah utk cepatkan atau melambatkan. value banyak semakin lambat prosess tutup dan sebaliknya.

4.21.2010

blogger award


Terima kasih kepada my frenz iaitu blogger kenalikomputer kerana memberi award seperti di atas. semoga persahabatan kita terus berkekalan ke hingga akhir hayat.... kesempatan ini diri ini mengucapkan semoga berbahagia di samping isteri dan anak... :)..

4.17.2010

loading image... ajax dan greybox

Akhirnya dengan berkat usaha dan bersungguh-sungguh akhirnya aku berjaya gunakan kaedah ajax... loading image dalam ajax.. dan greybox dalam projek sistem aku..
Pada mulanya aku rasa tidak boleh gunakan kaedah tersebut kerana kebanyakan tutorial yang ditunjukkan dalam internet banyak digunakan bersama php tetapi dalam projek aku menggunakan jsp... apabila aku baca dan memahami konsep kaedah yang digunakan mengunakan javascript dan css... so kesimpulan yg aku temui tiada masalh dalam menggunakan kaedah tersebut dalam projek aku yang menggunakan jsp..

di bawah ni screenshot :-





4.16.2010

wireless free dan terbuka selamatkah??

Kebanyakkan tempat terbuka terutamanya airport, hotel-hotel, restoran-restoran dan kedai-kedai kecil pun telah menyediakan internet percuma atau wireless yang free. Tujuannya menarik pengunjung dan menyediakan kemudahan kepada pengunjung dan tetamu. namun disebalik kemudahan tersebut pernahkah anda terfikir??? selamatkan segala transaksi yang anda lakukan???

segala tranksaksi yang anda lakukan menggunakan internet yang free tersebut seperti membuat tranksaksi banking.... membuka akaun email dan pelbagai lagi... Pada pendapat saya berdasarkan teori-teori dan konsep adalah tidak selamat.


adakah anda sokong??? ini kerana hacker boleh berada di tengah2 atau sniff segala traksaksi anda di sebalik wireless yang free. bukan hacker sahaja namun pemilik wireless tersebut boleh mendapatkan maklumat anda...


jadi berhati-hatilah dan elakkan penggunaan tempat yang terbuka dan percuma untuk melakukan transaksi yg melibatkan wang.

4.14.2010

buat blog dapat duit betul ke???

Persoalan ini sering bermain difikiran anda terutamanya yang baru mengetahui tentang blog yg boleh menjana duit... pada pendapat saya memang benar dengan blog boleh menjana duit dan bukan senang utk menjana duit dgn blog..


Tips untuk menjana duit dengan blog :-
a) anda perlu rajin membaca dan dapatkan ilmu tentang bagaimana dengan blog boleh menjana duit.
b)anda perlu berusaha dgn bersunguh-sunguh tanpa putus asa dan jemu.
c)blog yang dihasilkan mestilah menarik pengunjung datang berulang kali bukan hanya dtg sekali.
d)memahami teknik SEO.



Good luck :)


Hasil pendapatan sy dgn nuffnang.. walaupun ckit sy tetap bersyukur krana dgn jumlah tersebut sy dapat dgn hasil blog dan laman web...



Bookmark and Share



4.13.2010

mewah kerana blog

Seorang demi seorang impian menjadi nyata dengan menjadi blogger... inilah dengan berkat usaha dan tanpa putus asa impian menjadi kenyataan... hari ini juga berita hangat terpapar di dada hmetro jadi mewah tulis blog. Penulis blog ini ialah redmummy pada mulanya suka-suka tetapi lama-lama kerana suka ia membuahkan hasil yg lumayan bila mengiklankan nuffnang ... anda bila lg ingin mencapai impian dengan menjadi penulis blog????

apa pilihan broadband anda??

Salam,

apakah pilihan broadband anda sekiranya anda ada budget utk menggunakan broadband. Saya sekarang ni sedang membuat analisis dan survey broadband dari maxis atau celcom atau digi yang terbaik untk digunakan.... apa komen anda???

kalau sy pilih maxis apa kata anda???

Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri