Pages

11.29.2008

ubuntu 8.10


versi ini merupakan versi yang terbaru dan banyak kelebihan. Cd yang saya order dari shipit telah sampai pada hari khamis lepas iaitu 27.11.08. Pada malam tersebut dengan tidak sabarnya saya melaksanakan misi saya untuk mencuba versi ubuntu terbaru ini iaitu 8.10..

Masalah yang saya hadapi selepas install ubuntu versi ini :-
  • wireless x dapat detech walaupun dah cuba byk cara..
  • selepas restart atau shut down logo ubuntu kelihatan blur cam masalah display
  • window saya dah x boleh masuk.ada pilihan utk boot window tetapi tidak boleh masuk.ada sesiapa tahu sebabnya??
Ni beberapa screenshot yang saya buat pada ubuntu saya.

ni saya guna theme KDE 4.2 dan untuk memasang theme ini saya rujuk di web kde.



Bookmark and Share





11.26.2008

7-zip : perisian buka file rar,zip dan lain-lain



7-zip merupakan perisian sumber terbuka.sumber code perisian ini di bawah GNU LGPL license. Perisian ini boleh digunakan semua komputer. Anda tidak perlu membayar untuk perisian ini tetapi anda boleh memberi derma atau sokongan dalam pembangunan perisian ini.



Format yang di sokong dalam perisian ini antaranya :-
  • Packing / unpacking: 7z, ZIP, GZIP, BZIP2 and TAR
  • Unpacking only: RAR, CAB, ISO, ARJ, LZH, CHM, MSI, WIM, Z, CPIO, RPM,
Perisian ini boleh digunakan pada Windows 98/ME/NT/2000/XP/Vista.

Maklumat detail dan anda boleh download perisian tersebut di sini.

Bookmark and Share






11.25.2008

lupa password winrar??

Semalam penulis menerima satu pertanyaan daripada kawan lama. soalannya

Macam mana nak buka file zip yang ada password tetapi aku lupa passwordnya.macam mana nak buat??

Penyelesaiannya :

Anda boleh menggunakan beberapa perisian yang di jual. antara perisian yang di cadang ialah:-




Kepada sesiapa yang inginkan perisian free dan selesaikan masalah ini sila email ke Penulis.Penulis tidak dapat sertakan di sini kerana ada beberapa sebab. harap maklum.





Bookmark and Share





Penulisan baca selanjutnya bermula disini

11.20.2008

gmail: theme templates email


Pagi yang indah.. tanpa kicauan burung-burung...

Pagi ini aku buka email untuk melihat ada email baru atau tidak. Setelah login aku tertarik dengan function baru dalam gmail iaitu themes. Anda boleh tukarkan themes tersebut mengikut selera masing-masing. Sedap sikit mata memandang :)...

Bagi anda yang belum tahu bagaimana untuk setting theme tersebut sila baca artikel ini seterusnya.

Caranya:

1. Selepas anda masukkan username dan password (login) pada akaun anda. Kemudian anda klik pada setting.


2. Selepas itu paparan seperti gambar di bawah akan di paparkan. Seterusnya klik pada themes.

3. Kemudian anda boleh pilih theme yang anda suka.senang je kan??


Cantik x themes pilihan saya??

Bookmark and Share






11.18.2008

import data access to excel

Masalah : Ada seorang guru data mengalami masalah bagaimana nak pindahkan maklumat pelajar yang tercicir Asrama dari database acccess ke dalam excel. Tujuan dipindahkan ke dalam excel disebabkan pihak atas ingin maklumat tersebut dalam excel. So kalu nak taip banyak la senarai nama pelajar tersebut lebih kurang dalam 100++ di campur lagi maklumat lain seperti alamat tempat tinggal dan lain-lain. mati la nak taip. "ayyo ini macam gua xleh tido la malam ni" kata cikgu tu...


Penyelesaian:-

1. Buka database access di mana maklumat tersebut berada dan pilih maklumat mana yang ingin dipindahkan.Bagi memudahkan buat satu query dan export maklumat tersebut di jadikan dalam .txt.


2. Seterusnya klik pada export ALL seperti gambarajah di bawah.




3. Kemudian paparan ini akan keluar dan klik "next"


4. Kemudian tick seperti gambarajah di bawah dan klik next.


5. Selepas itu pilih finish. Kalau anda ingin ubah lokasi file .txt tadi boleh edit lokasi tersebut di export to file.

6. Seterusnya buka new file excel untuk kita import data tadi dari .txt ke file excel dengan pilih pada file->open (pastikan file of type anda pilih all files jika tidak file tadi tidak dipaparkan)->pilih open.Selepas itu akan dipaparkan seperti gambar rajah di bawah. setkan start import at row 5 bagi sample ini(bergantung pada bil row dalam file database access tadi). Kemudian klik next.


7. Selanjutnya tick seperti di tunjukkan gambar rajah di bawah dan pilih next.


8. Seterusnya pilih finish dan lihat hasilnya


9. Anda jangan bimbang sekiranya maklumat di paparkan ###### ini kerana anda pelu besarkan column tersebut. Bagi maklumat No KP saya akan bincangkan di lain artikel kenapa dia paparkan no tersebut yang ditunjukkan di bawah walaupun telah dibesarkan column.

10. Lihat hasilnya dan berjaya di pindahkan ke dalam bentuk excel. Jadi anda tidak perlu bimbang lagi untuk pindahkan maklumat dari access ke axcel.



Senangkan??? x perlu susah2 nak salin atau taip balik. Kalau anda ada cara yang lebih berkesan bolehlah share di ruang komen.

Flow ringkas tutorial tersebut


access->txt->excel



Berita Pilihan :
turun 15 sen
Raja Azhar menceraikan isterinya, Charmaine

Bookmark and Share






11.17.2008

friendster have problem


bakpo abs jd hilang member2 dalam friendster aku????



Ni mesej yang aku terima dari seorang kawan aku dalam fs. Dengan persoalan dari beliau aku cuba mencari jawapan dari soalan tersebut. Jawapan yang aku temui dan tekaan aku antaranya ialah disebabkan oleh pihak admin fs yang membuat penyelenggaraan.

sumber lain : forum.lowyat







11.14.2008

virus dumprep 0 -k

Kesan virus ini :-
  • Apabila komputer atau laptop yang terkena virus ini akan menyebabkan ia akan restart tersendiri. Selepas anda on pc tersebut dalam beberapa saat kemudian ia akan restart sendiri.
  • Virus ini juga aktif pada start up setiap kali pc di on. ini akan menyebabkan pc anda lembab sewaktu anda membuka pc anda. walaupun anda untick pada msconfig namun ia tetap berada di msconfig atau start up.

Kaedah mengatasi :
1. Gunakan perisian Perisian GVR yang versi terbaru dan jangan lupa setkan pada setting perisian tersebut seperti gambar di bawah.


2. Kemudian anda perlu scan menggunakan perisian ini di safe mode. selepas itu scan seperti biasa.

3. kemudian anda perlu delete dari start up list file virus ini dengan klik start->run->taip regedit-> dan cari lokasi file di bawah ini.

Cari key ini dan delete file virus tersebut.

[HKLM\SOFTWARE\Microsoft\Shared Tools\MSConfig\startupreg]
[HKLM\SOFTWARE\Microsoft\Shared Tools\MSConfig\startupfolder]


You can safely delete those entries.



P/s: Di tempat saya bekerja dah terkena virus ini dan dengan kaedah di atas saya dapat mengatasi masalah ini. Selepas pc tersebut dan ok jangan lupa install perisian anti virus seperti avira atau avg.

Di samping itu saya juga mencadangkan anda menggunakan Guna winparol.


Pihak penulis tidak bertanggungjawab sekiranya terjadi perkara memberi keburukan atau kesan yang negetif kepada pc anda.









11.13.2008

HTTrack website copier

Sebelum anda membaca artikel ini di harap anda jangan menyalahgunakan perisian ini untuk perkara kejahatan atau salah guna. Pihak penulis tidak bertanggungjawab atas kesalahan tersebut. Tujuan penulis adalah untuk memberi informasi dan berkongsi maklumat dengan pembaca!!!!.

Perisian ini digunakan untuk menduplicate atau copy website bagi tujuan untuk design laman web. Perisian ini free (GPL) dsn senang digunakan secara offline browser. Perisian ini membolehkan anda mendownload web dari internet dan di simpan di local direcory komputer anda. Perisian ini dapat menyimpan file html,images dan lain-lain file dari server untuk di simpan ke komputer anda.

Antara Kelebihan perisian ini :
  • Perisian ini juga akan menyusun atau menyimpan original link web yang berhubung.
  • Perisian ini akan menjadi cermin kepada web asal yang di ambil.
  • Perisian ini berfungsi di sistem pengoperasian(OS) Windows 9x/NT/2000/XP/Linux/Unix/BSD.

Dapatkan perisian tersebut dan keterangan lanjut di web Httrack.



Berita Pilihan :-







11.11.2008

hack joomla versi 1.5.0

Artikel ini bukanlah menerangkan bagaimana untuk hack joomla seperti yang dinyatakan di atas tetapi utk memaklumkan kepada anda bahawa tahap keselamatan versi ini.

Nama dan Jenis Ancaman : Joomla “token” Password Change Vulnerability (Pencerobohan Laman Web)

Joomla! CMS versi 1.5.0 - 1.5.5

Kaedah Serangan :

Penceroboh atau hacker boleh reset kata laluan bagi akaun pertama yang masih aktif (kebiasaannya adalah akaun Administrator)

Kesan :

Penceroboh akan login sebagai ‘Administrator’ dan berupaya membuat
pelbagai perubahan.

Cara atasi :

Menukar (rename) akaun (login ID) ‘Administrator’ ke nama yanglain yang dirasakan selamat.Menaiktaraf Joomla! CMS ke versi 1.5.6 atau audit source code bagi
fail ‘reset.php’Menukar (rename) folder ‘administrator’ ke nama yang lain.

Berita Hangat










11.04.2008

photoshop: default photo size

Artikel ini ditulis kerana saya sendiri pernah mengalami masalah ini. Bagi designer yang menggunakan perisian adobe photoshop untuk "mendesign" photo dan ingin print photo tersebut mengikut saiz photo seperti saiz 3R dan saiz lain. Namun anda tidak tahu dalam perisian photoshop tersebut untuk menggunakan size apa dan bagaimana. Semoga artikel ini dapat membantu anda. Sekiranya anda menggunakan photoshop cs3 anda tidak perlu bimbang kerana ia ada pilihan utk membuat size bg photo.

3R = 8,89 x 12,7 cm = 3,5 x 5 inch
4R = 10,16 x 15,24 cm =4 x 6 inch
5R = 12,7 x 17,78 cm = 5 x 7 inch
8R = 20,32 x 25,4 cm = 8 x 10 inch
10R = 25,4 x 30,48 cm = 10 x 12 inch
12R = 30,48 x 39,37 cm = 12 x 15,5 inc

Bagi tujuan printing sila guna 300 dpi.

P/S: Penulis mohon maaf kerana lama tidak update blog ini. Utk makluman pihak pengunjung penulis terlalu banyak kerja yang perlu dibuat dan diselesaikan sebelum ini.Kesulitan amat dikesali.


Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri