Pages

9.16.2008

uninstall Ubuntu on dual boot Windows XP

Artikel kali ini menerangkan bagaimana cara untuk uninstall boot ubuntu dalam windows xp. Artikel ini saya laksanakan semasa membuang boot ubuntu dalam window xp kawan saya.

Masalahnya:

"Setiap kali on Laptop ada dua pilihan boot iaitu ubuntu dan windows. default yang disetkan ialah ubuntu jadi setiap kali on mesti kena tunggu dah kena pilih windows dan tekan enter. Jika leka dan lupa pilih boot windows laptop tersebut akan memasuki boot ubuntu. Dengan ini saya terpaksa kena restart semula setelah memasuki ubuntu. Saya sudah tidak mahu guna ubuntu (bukan tidak suka ubuntu tetapi buat masa ni saya tidak mahu guna lagi). Jadi macam mana saya nak jadikan laptop saya ni satu boot sahaja iaitu window xp dan buang untuk boot ubuntu"



Dengan itu saya ikuti langkah di bawah ini untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sebelum itu saya ingin maklumkan kpd anda bhw kawan saya menggunakan laptop ASUS. Dalam laptop beliau ada dua OS iaitu ubuntu versi feisty dan window xp sp2. Beliau ingin membuang boot os ubuntu dan hanya ingin menggunakan windows xp sahaja.


Masukkan CD win xp anda ke dalam pemacu CD(pastikan anda telah setkan pada BIOS agar first boot adalah CD-ROM).

1. Paparan screen biru akan dipaparkan dan tunggu sehingga memaparkan arahan untuk membuat pilihan repaire, format dan etc. Pilih repaire.

2. Seterusnya anda akan ditanya dengan taip 1 untuk meneruskan atau masuk c. Taip 1 dan tekan enter pada keyboard.
3. Masukkan kata laluan jika ada katalaluan sekiranya tiada anda tekan enter.
4. Kemudian pada command prompt taip

dan tekan enter.

5. Dengan ini Windows akan overwrite maklumat dual boot dalam MBR ubuntu yang di letakkan di sini. (Bagi pengguna linux yang lain maybe anda boleh cuba menggunakan kaedah ini).
5. Reboot!. selepas itu anda akan lihat tiada lagi dual boot ubuntu. Ia akan menjadi normal iaitu satu os sahaja.

selepas anda memasuki window dan melihat partition anda jangan terkejut kerana partition ubuntu anda tiada kelihatan ini kerana kaedah ini hanya untuk membuang dual boot ubuntu sahaja. Bagi membuat partion baru pada partition ubuntu yang tidak digunakan saya mencadangkan anda menggunakan perisian partition magic bagi window xp.



Langkah di atas telah di uji oleh saya dengan membuang boot ubuntu dengan jayanya.Sekiranya anda menggunakan os lain dan ingin mencuba kaedah di atas adalah di alu-alukan serta jangan lupa berikan laporan di sini.


Sumber : bobmorris

2 comments:

  1. Neoryzer, read more lama dah buang?? Kena buang dulu seblum install yg baru, nanti bertindan jadinya. ;)

    ReplyDelete
  2. nak senang gunakan Wubi boleh delete mcm tuh jer kat ubuntu nih.. nih nak tunggu ubuntu 8.14,jgn xcube

    ReplyDelete

Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri