Pages

1.21.2009

Ubuntu buat ku buntu???????

Salam sejahtera semua,

Penulis ingin kongsikan beberapa asas OS ubuntu dengan os window. Memang sukar dan tidak dinafikan untuk berubah memerlukan masa.begitu jua dengan kita untuk berubah menggunakan ubuntu. Kita masih di ikat dan dimanjakan dengan os window sejak kita mula mengenal komputer sehingga kini.

Apa perisian ubuntu sebagai altenatif bagi perisian di window??

Jawapannya:

  • adobe photoshop-> anda boleh guna GIMP dalam ubuntu.
  • illustrator-> anda boleh guna inskcape
  • microsoft office-> anda boleh guna open office
  • yahoo mesengger->anda boleh guna gaim,pidgin,emphaty
  • winamp->anda boleh guna amarok,VLC, songbird,rhythmbox,real player untuk ubuntu ada,
  • video->mplayer, xine

Sebenarnya banyak lagi perisian yang anda boleh guna. Bagi mendapatkan perisian tersebut anda boleh gunakan google dengan menggunakan key yang saya nyatakan di atas dengan percuma. sekiranya ada bantuan boleh la bertanya di ruang komen. anda nyatakan spec laptop anda dan masalah yang anda hadapi atau saranan yang berkaitan dengan ubuntu.

Soalan jangan terlalu umum. contoh soalan yang tidak umum dan memudahkan saya jawab seperti contoh jika dalam window kita guna internet explorer dalam ubuntu guna apa?? mungkin kepada pengguna yang baru soalan yang kita ingin bertanya pun kita tidak tahu.saya pun tidak pandai sebenarnya tetapi ada pengalaman dalam menggunakan ubuntu. anda cari dahulu apa yang anda inginkan dan di buat dalam ubuntu.

sebagai contoh ingin membuat design seperti dalam photoshop dalam ubuntu anda boleh guna GIMP. jika anda tidak pandai guna GIMP anda perlu belajar sedikit demi sedikit sama seperti anda belajar menggunakan photoshop. semasa anda mula2 belajar window.. anda perlu lakukan juga ketika belajar menggunakan ubuntu.. sikit demi sedikit lama-lama berbukitlah ilmu anda tentang ubuntu.. semoga berjaya!!!!!!!! sama-sama kita kongsikan sumber terbuka ini...

anda juga boleh rujuk di blog ini mengenai ubuntu. apa yang menarik ia di tulis dalam bahasa melayu..

Bookmark and Share








No comments:

Post a Comment

Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri