Pages

2.04.2012

Semak Online BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Anda boleh menyemak status permohonan BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) dengan emailkan Nama dan No. KP ke BR1M[@]hasil[.]gov[.]my

Saya telah menyemak dan hasilnya

Tuan / Puan,

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA(BR1M)


Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan tuan / puan ( Nama : xxxxxxxxxxxxxxx , No. Pengenalan :xxxxxxxxxxxxxx ) bertarikh 30/12/2011 tidak diluluskan kerana :

X Tidak memenuhi syarat kelayakan.

Semakan mendapati jumlah pendapatan isi rumah adalah melebihi RM3,000.

Nama telah tersenarai dalam maklumat isi rumah yang lain.

2. Sebarang pertanyaan atau rayuan, sila hubungi Talian Utama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1-300-88-3010 atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang berdekatan.


Sekian, terima kasih.

''BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''



Kementerian Kewangan
Malaysia




Nota Penerangan Ringkas:



Nota ini bertujuan memberi penerangan ringkas sebab-sebab permohonan tidak diluluskan.


1. ''Tidak memenuhi syarat kelayakan'', merujuk kepada salah satu sebab di bawah:

i. Maklumat pemohon tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

ii. Pemohon berstatus bujang / ibu tunggal / bapa tunggal tetapi tiada tanggungan atau tiada maklumat tanggungan.

iii. Maklumat pemohon telah digunakan sebagai maklumat tanggungan pemohon lain.

iv. Pemohon adalah bujang / ibu tunggal / bapa tunggal mempunyai bilangan tanggungan tetapi tiada maklumat tanggungan.

v. Maklumat tanggungan yang diisi tidak lengkap.

vi. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan atau maklumat pasangan tidak diisi dengan lengkap.

vii. Percubaan memohon kali kedua tetapi maklumat status perkahwinan berbeza-beza.


2. ''Semakan mendapati jumlah pendapatan isi rumah adalah melebihi RM3,000'', merujuk kepada salah satu sebab di bawah:

i. Jumlah pendapatan isi rumah yang diisi di borang adalah melebihi RM3,000.

ii. Pendapatan pemohon dikenakan cukai pendapatan.

iii. Pendapatan suami atau isteri pemohon dikenakan cukai pendapatan.

iv. Pendapatan tanggungan yang dinyatakan dalam borang permohonan dikenakan cukai pendapatan.

v. Sama ada pemohon atau suami / isteri atau tanggungan tidak melepasi semakan data JPJ.


3. ''Nama telah tersenarai dalam maklumat isi rumah yang lain'', merujuk kepada salah satu sebab di bawah:

i. Permohonan suami atau isteri telah wujud.

ii. Permohonan tanggungan telah wujud.



Kena buat rayuan la jawabnyer lepas ni hu3...

1 comment:

  1. harapkan pagar,pagar dah jadi dinding..

    ReplyDelete

Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri