Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Projek CD Ubuntu 8.10 ini memang sesuai untuk peminat ubuntu. Apa yang menakjubkan bagi saya adalah ia hasil tangan orang melayu. Dengan ini ia sangat sesuai pengemar ubuntu di malaysia. Apa yang menarik lagi ia lengkap dengan cd cover, cd label,buku manual dan kotak cd dan iaSebagai Bonus. Beliau juga akan berikan pelekat ubuntu 'powered by' untuk dilekatkan pada desktop atau laptop selepas ubuntu ini dipasang. sungguh menakjubkan. apa yang saya tahu ini merupakan projek yang kali pertama saya temui di malaysia untuk pengemar ubuntu.
Untuk keterangan yang lebih lanjut anda boleh baca di jomlinux
Akhirnya aku berjaya juga buat code colour pada terminal ubuntu aku. dengan itu penulis ingin kongsikan pengalaman dalam menghasilkan pada terminal mempunyai colour pada code html,php dan lain-lain. Untuk pengetahuan anda dalam linux menggunakan vim bagi menghasilkan code berwarna. Penulis memang suka melihat code berwarna dan semasa penulis mula berjinak dengan linux ini vim adalah salah satu tarikan penulis untuk mengenal linux.
caranya : 1. buka terminal anda dan taip sudo apt-get install vim-full
2. selepas itu taip pada terminal anda
sudo vi /etc/vim/vimrc
3. kemudian tambah code di bawah dalam file vi /etc/vim/vimrc pada akhir code file tersebut seperti di tunjukkan dalam gambar di bawah.
:syntax enable
4. akhir sekali simpan dan close terminal. kemudian buka blk terminal dan cuba buka file yang ada code php atau mana2 file dan lihat perubahannya. selamat mencuba :)...
P/S: Step ini telah berjaya dilakukan oleh penulis sendiri pada ubuntu 8.10.
Masalah firefox menjadi full screen selepas anda update ke firefox 3.0.4 atau ke 3.0.5. Masalah ini juga terjadi pada firefox ubuntu saya. Apabila ini terjadi akan menyukarkan anda untuk tutup dan ingin membuka program lain. tapi anda usah risau senang aje untuk selesaikan masalah ini.
Caranya:
tekan pada keyboard F11,tutup dan restart firefox anda.
Setiap masalah ada penyelesaian... setiap penyelesaian ada jalannya... setiap jalan anda perlu mencarinya.. Dalam pencarian mesti perlu ada sabarnya... dalam sabar perlunya ada iman...
Sekiranya anda ada masalah dalam ubuntu untuk membuka file .rar usahlah anda risau dan tidak mahu menggunakan ubuntu lagi anda silap!!! kerana dalam ubuntu ada penyelesaiannya.
Caranya : Buka terminal pada ubuntu anda dan taip perkataan di bawah.
Selepas saya update versi ubuntu dari 8.04 ke 8.10 simple compizconfig setting manager(ccsm) hilang. Dengan itu effect seperti yang di tunjukkan tidak ada lagi. Jadi saya ingin kongsikan dengan anda bagaimana mengembalikan atau ingin masukkan ke dalam ubuntu anda.
Tutorialnya:
1. Anda klik pada system->administration->synaptic package manager->masukkan password->taip pada search "ccsm"->seterusnya anda tick pada simple-ccsm tersebut->kemudian apply.
2. Selepas itu anda klik kanan mouse di desktop anda->pilih change desktop background->pilih visual effect->secara auto custom di tick (jika anda belum install ccsm custom ini tidak akan dipaparkan)->pilih preference.
3. lepas itu anda klik animation dan setkkan ikut kesukaan anda. saya cadang anda set random kerana setiap action yang di buat effect akan dibuat secara random.dengan itu ia lebih menarik dan cool :)..
P/S: masihkah anda tidak ingin mencuba ubuntu??? saya rasa sungguh rugi anda tidak mencuba ubuntu.
Artikel ini di tulis khas untuk encik KK atas pertanyaan beliau. katanya clouad ini menarik :)...
Perkataan yang di paparkan dalam cloud ini di ambil dari tag yang kita buat semasa membuat posting(dalam blogspot dlm wordpress sy tidak pasti). Pengalaman saya untuk membuat cloud ini dalam blogspot kita perlu menambah script dalam templates. Manakala dalam wordpress(wp) kita perlu menambah plugin cloud. Anda boleh rujuk dan lihat tutorial untuk membuat cloud pada wp di bawah ini.
Hari ini saya menerima satu email yang menanyakan bagaimana nak membuang virus shelldrv.exe. selepas saya mencari di google apa yang saya faham virus ini adalah jenis trojan.
touchpad laptop anda tidak berfungsi? mungkin masalah ini tidak berfungsi di sebabkan oleh driver atau kesilapan pengguna yang off atau disable touchpad tanpa di sedari.. mungkin anda belum hadapi masalah ini tetapi tidak mustahil ada akan alami kelak nanti.. jadi anda beruntung membaca artikel ini. masalah ini di alami oleh pelanggan saya iaitu touchpad laptopnya tidak berfungsi.
saya lihat pada driver semua ok dan berfungsi dengan baik. termenung saya memikirkan masalah ini. saya tanya pada pelanggan mengapa ini terjadi?? dia kata kemungkinan disebabkan virus.sebabnya lepas format hari tu semua ok tetapi selepas kena virus touchpad tidak berfungsi. di kepala aku kena format la plak laptop ini. lepas aku buang virus dan check penyakit yang ada virus semua ok selepas buang virus tersebut menggunakan GVR. Namun masalah touchpad masih tidak berfungsi. apa masalahnya kalau anda tahu??
puncanya :-
anda tertekan atau ter disable dengan menekan Fn+F7.
Penyelesaiannya:-
anda perlu tekan kembali Fn+F7.
tahukah anda Key ini merupakan untuk off dan on touchpad pada laptop anda.
Antara perisian untuk membuat landskap 3D dan animasi 3D anda boleh mencuba dengan menggunakan perisian ini. Apa yang menarik anda boleh dapatkan dengan percuma.
autorun eater ini di perkenalkan oleh kawan saya fisol. autorun eater ini merupakan perisian yang membolehkan kita delete file autorun.inf di dalam hard disk atau pen drive atau yang sewaktu dengannya. dengan menggunakan perisian ini kita dapat elakkan daripapa virus merebak atau mejangkiti pc kita. Anda boleh dapatkan perisian ini dengan percuma di sini.
Ni beberapa screenshot yang aku ambil yang abu buat effect pada laptop aku.
Masalah yang aku hadapi :
ada clash pada compiz aku xleh guna desktop effect. bila aku aktifkan mouse tidak berfungsi dgn normal dalam kepala aku nak install semula je. tp aku cuba sbg lagkah terakhir iaitu jalan penyelesaian yang aku ambil dengan menaip pada terminal
rm -rf .gnome .gnome2 .gconf .gconfd .metacity
lepas tu aku restart dan lihat ubuntu kembali normal. Apa yg menarik theme atau perkara yang kita install sebelum ni ada dan tidak di buang. so kita xde masalah nak guna semula.
sekarang ubuntu berfungsi dengan baik dan clear. next misi wireless ubuntu aku x selesai lg ni huuu...
salam sejahtera semua..
artikel ini di buat khas utk member saya iaitu kenalikomputer. Artikel ini akan menerangkan bagaimana ingin membuat page laman web auto refresh tanpa anda perlu tekan f5 atau refresh pada browser.
Caranya :-
1. masukkan code di bawah ini pada page atau web yang anda inginkan auto refresh.
<meta http-equiv="refresh" content="5" >
2. Pastikan code di atas anda letak atau taip dalam tag head iaitu antara code <head> dan </head>
3. anda boleh ubah code yang berwarna merah. code warna merah anda boleh set menjadi berapapun kerana ia bergantung kpd anda ingin refresh setiap 15 second atau terpulang pada anda.
sudahkah anda mencuba ubuntu 8.10?? sekiranya anda telah mencuba adakah anda tidak menghadapi masalah??? anda beruntung jika tiada masalah setelah menginstall ubuntu.. :)... sekiranya anda telah mencuba jom kita sama2 berkongsi screenshot :)..
salah satu masalah yang saya hadapi antaranya bila saya restart atau shutdown laptop saya menjadi hang. Jadi cara untuk atasi masalah tersebut sila baca selanjutnya artikel ini.
Penyelesaian :-
1. anda buka terminal dan taip pada terminal sudo gedit /etc/init.d/alsa-utils
2. kemudian anda perlu edit file tersebut dengan menambah ayat yang saya warnakan merah di bawah ini. sekiranya tidak jumpa anda cari dengan tekan keyboard ctrl+F dan taip perkataan stop)
stop) ifconfig wlan0 down ifconfig eth1 down ifconfig eth0 down EXITSTATUS=0 TARGET_CARD="$2" ect ect..
3. seterusnya simpan dan cuba anda restart atau shut down dan lihat hasilnya.
P/s: kaedah ini telah dicuba dengan jayanya pada laptop saya selepas saya menggunakan ubuntu 8.10. anda pula bagaimana???
Berasal dari red land,kelantan. Bekerja dalam bidang komputer. Ada pengalaman dalam bidang programming,database dan teknikal komputer. Suka belajar perkara yang baru.semua ilmu nak tahu pasal agama, it dan lain-lain.surfing internet untuk menambahkan ilmu di dada dan suka berkongsi maklumat di blog.