Pages

9.16.2008

uninstall Ubuntu on dual boot Windows XP

Artikel kali ini menerangkan bagaimana cara untuk uninstall boot ubuntu dalam windows xp. Artikel ini saya laksanakan semasa membuang boot ubuntu dalam window xp kawan saya.

Masalahnya:

"Setiap kali on Laptop ada dua pilihan boot iaitu ubuntu dan windows. default yang disetkan ialah ubuntu jadi setiap kali on mesti kena tunggu dah kena pilih windows dan tekan enter. Jika leka dan lupa pilih boot windows laptop tersebut akan memasuki boot ubuntu. Dengan ini saya terpaksa kena restart semula setelah memasuki ubuntu. Saya sudah tidak mahu guna ubuntu (bukan tidak suka ubuntu tetapi buat masa ni saya tidak mahu guna lagi). Jadi macam mana saya nak jadikan laptop saya ni satu boot sahaja iaitu window xp dan buang untuk boot ubuntu"



Dengan itu saya ikuti langkah di bawah ini untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sebelum itu saya ingin maklumkan kpd anda bhw kawan saya menggunakan laptop ASUS. Dalam laptop beliau ada dua OS iaitu ubuntu versi feisty dan window xp sp2. Beliau ingin membuang boot os ubuntu dan hanya ingin menggunakan windows xp sahaja.


Masukkan CD win xp anda ke dalam pemacu CD(pastikan anda telah setkan pada BIOS agar first boot adalah CD-ROM).

1. Paparan screen biru akan dipaparkan dan tunggu sehingga memaparkan arahan untuk membuat pilihan repaire, format dan etc. Pilih repaire.

2. Seterusnya anda akan ditanya dengan taip 1 untuk meneruskan atau masuk c. Taip 1 dan tekan enter pada keyboard.
3. Masukkan kata laluan jika ada katalaluan sekiranya tiada anda tekan enter.
4. Kemudian pada command prompt taip

dan tekan enter.

5. Dengan ini Windows akan overwrite maklumat dual boot dalam MBR ubuntu yang di letakkan di sini. (Bagi pengguna linux yang lain maybe anda boleh cuba menggunakan kaedah ini).
5. Reboot!. selepas itu anda akan lihat tiada lagi dual boot ubuntu. Ia akan menjadi normal iaitu satu os sahaja.

selepas anda memasuki window dan melihat partition anda jangan terkejut kerana partition ubuntu anda tiada kelihatan ini kerana kaedah ini hanya untuk membuang dual boot ubuntu sahaja. Bagi membuat partion baru pada partition ubuntu yang tidak digunakan saya mencadangkan anda menggunakan perisian partition magic bagi window xp.



Langkah di atas telah di uji oleh saya dengan membuang boot ubuntu dengan jayanya.Sekiranya anda menggunakan os lain dan ingin mencuba kaedah di atas adalah di alu-alukan serta jangan lupa berikan laporan di sini.


Sumber : bobmorris

9.15.2008

css box tema warna biru

Artikel ini membuat box yang bertemakan warna biru.
Code dan hasilnya :



.codeboxBlue{
margin: 10px 42px 10px 0;
padding: 0 10px 10px 10px;
border: 2px dashed #8FCCF5;
background-color: #DCEEFA;
}




tutorial memasang Codebox di blogspot

Login->layout->Edit HTML->tick

tekan keyboard anda ctrl+f dan taip head. Apabila jumpa perkataan head dalam edit html tersebut anda lihat code selepas head tersebut yang mengandungi code css seperti

Code css terletak antara code pembuka head dan penutup head



Lihat gambar





#navbar-iframe {
code here
}


.alert {

code here

}




Mungkin code css berbeza namun saya nak tunjukkan kepada anda bahawa untuk mengenali code css ini amat mudah iaitu ia mengandungi tanda #, pembuka { dan penutup } dan . seperti yang saya tunjukkan di atas dan anda boleh juga lihat gambar yang saya sertakan.

Kemudian anda letak code css box yang anda buat sebagai contoh

.codeboxBlue{
margin: 10px 42px 10px 0;
padding: 0 10px 10px 10px;
border: 1px dashed #8FCCF5;
background-color: #DCEEFA;
}

Selepas itu simpan dan pergi ke posting. Pastikan semasa anda menulis posting guna mode edit html seperti gambar di bawah. Kita gunakan code p untuk memanggil sifat atau properties css yang kita buat di templates. selepas siap anda menulis posting simpan dan lihat hasilnya.



Lihat hasilnya pada posting sebelum-sebelum ini. sekiranya anda ada masalah boleh bertanya di ruang komen. selamat mencuba :)



9.12.2008

tag dari Kiara



Saya mengucapkan jutaan terima kasih kpd kiara kerana sudi beri tag kepada saya.. sebenarnya saya ingin mengelak drpd posting yg tidak berkaitan dgn teknikal namun tag ni merupakan satu pemberian saya postkan juga. Saya rasa terharu kerana inilah kali pertama saya menerima tag dari blogger. tag ni juga penting untuk membuat promosi sesuatu blog... thanks ya Kiara...

Bab nak bagi tag ni susah ckit.. hmmm... lama2 berfikir akhirnya saya nk bagi tag kat



farah..


mengapa saya pilih dia?? kerana saya ada baca blog dia pasal duit raya. oleh kerana saya xleh beri duit raya maka saya bagi tag heeeee....






Please follow this step:

*Copy the picture and post it at your blog.
*Find victim to be tagged.
*Leave message at their blog that you've tagged them.
*And the last step is, put your URL after my URL
List of collected URL:

# http://antownholic.blogspot.com
# http://reskitrianto.blogspot.com
# http://bashrie.blogspot.com
# http://juzzyouandme.blogspot.com
# http://tulangikankewl.blogspot.com
# http://p-g-e-4-6.blogspot.com
# http://www.fizzonline.co.cc
# http://ezanyempires.blogspot.com
# http://rheascarlet.blogspot.com
# http://kimsdebest.blogspot.com
# http://kidilara.blogspot.com
# http://neoryzer.blogspot.com




Bagi memudahkan anda copy saya telah Buat code di bawah ini... anda hanya perlu copy dan paste pada blog anda semasa membuat posting





9.11.2008

internet network problem on vista

Vista merupakan OS window versi yang terbaru yang mempunyai penampilan yang jauh berbeza dengan versi sebelum ini. Sesetengah pengguna komputer ada yang takut, benci dan suka bila menyebut vista. Perasaan benci adalah di sebabkan banyak masalah yang timbul dalam menggunakan os ini. Ini disebabkan salah satunya tidak biasa dan belum menguasai sepenuhnya untuk menggunakan window ini dan yang paling teruk adalah kesilapan os itu sendiri. Artikel ini menyentuh bagaimana mengatasi masalah mencapai internet dalam window ini. Saya tidak menafikan masalah ini sering terjadi kepada pengguna Vista. Di tempat saya bekerja pun sering menghadapi masalah ini pada pengguna window vista.

Tindakan yang



saya ambil untuk mengatasi masalah ini tp tidak berjaya :


-Buat diagnose
-enable dan disable
-tukar ip dinamik ke ip statik dan sebaliknya


Kaedah yang berjaya saya laksanakan bagi mengatasi masalah ini ialah dengan :


1. Start –> Control Panel –> Network and Sharing Center -> Click Manage Network Connection –> right click on Local Area Connection

2. untick on Internet Protocol Version 6 (TCP/IPv6)

3. ok



untick seperti gambar di bawah :



Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri