Pages

2.27.2012

Backup Database menggunakan cron job pada cpanel

Salam sejahtera,

Semoga anda semua sihat dan happy sentiasa..

Tutorial kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua untuk backup database menggunakan cron job yang disediakan oleh cpanel di dalam hosting anda.

1.Langkah pertama anda perlu login cpanel anda.

2. seterusnya anda perlu buat nama folder contohnya backupsql. Kemudian buat satu file nama backupsql.php. Kemudian ubah code ini dengan memasukkan maklumat mnegikut server anda.



3. Kemudian lihat cpanel anda ada cron job.So anda klik add new cron job.Anda perlu masukkan code pada command untuk mengarahkan cron job ini run script code php yang anda buat td.


Anda boleh pilih untuk backup database anda mengikut bulanan, harian, mingguan dan sebagainya.


Sila masukkan arahan ini dalam Command:

/usr/bin/php -q /home/xxxxxx(Biasanyanamadomainanda/public_html/backupsql/backupdb.php

Ini contoh email yang diterima setelah cron job di laksanakan.


Sekiranya anda ada masalah dan sebarang pertanyaan boleh email kepada saya.

Sekian terima kasih.

2.20.2012

Daftar streamyx secara Online

Salam sejahtera smua,

Dengan kecanggihan teknologi pelbagai masalah dan jalan penyelesaian di buat menerusi internet bagi membantu, memudahkan dan mempercepatkan segala urusan manusia. Bukan itu sahaja malah menjimatkan masa dan wang.

Perkara asas untuk menjadi seoarang Usahawan internet ialah harus memiliki internet bagi membolehkan mencapai internet sepanjang masa sama ada menggunakan streamyx atau broadband.

Bagi memudahkan anda yang baru untuk memasang streamyx anda boleh layari web ini daftar streamyx online. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma. Anda jangan bayar Satu sen pun kepada kami. Anda bayar setelah menerima Bil dari pihak TM dan anda juga bayar kepada pihak TM dan Bukan kepada kami.


2.04.2012

Semak Online BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M)

Anda boleh menyemak status permohonan BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M) dengan emailkan Nama dan No. KP ke BR1M[@]hasil[.]gov[.]my

Saya telah menyemak dan hasilnya

Tuan / Puan,

BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA(BR1M)


Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa permohonan tuan / puan ( Nama : xxxxxxxxxxxxxxx , No. Pengenalan :xxxxxxxxxxxxxx ) bertarikh 30/12/2011 tidak diluluskan kerana :

X Tidak memenuhi syarat kelayakan.

Semakan mendapati jumlah pendapatan isi rumah adalah melebihi RM3,000.

Nama telah tersenarai dalam maklumat isi rumah yang lain.

2. Sebarang pertanyaan atau rayuan, sila hubungi Talian Utama Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1-300-88-3010 atau cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia yang berdekatan.


Sekian, terima kasih.

''BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''



Kementerian Kewangan
Malaysia




Nota Penerangan Ringkas:



Nota ini bertujuan memberi penerangan ringkas sebab-sebab permohonan tidak diluluskan.


1. ''Tidak memenuhi syarat kelayakan'', merujuk kepada salah satu sebab di bawah:

i. Maklumat pemohon tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

ii. Pemohon berstatus bujang / ibu tunggal / bapa tunggal tetapi tiada tanggungan atau tiada maklumat tanggungan.

iii. Maklumat pemohon telah digunakan sebagai maklumat tanggungan pemohon lain.

iv. Pemohon adalah bujang / ibu tunggal / bapa tunggal mempunyai bilangan tanggungan tetapi tiada maklumat tanggungan.

v. Maklumat tanggungan yang diisi tidak lengkap.

vi. Pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan atau maklumat pasangan tidak diisi dengan lengkap.

vii. Percubaan memohon kali kedua tetapi maklumat status perkahwinan berbeza-beza.


2. ''Semakan mendapati jumlah pendapatan isi rumah adalah melebihi RM3,000'', merujuk kepada salah satu sebab di bawah:

i. Jumlah pendapatan isi rumah yang diisi di borang adalah melebihi RM3,000.

ii. Pendapatan pemohon dikenakan cukai pendapatan.

iii. Pendapatan suami atau isteri pemohon dikenakan cukai pendapatan.

iv. Pendapatan tanggungan yang dinyatakan dalam borang permohonan dikenakan cukai pendapatan.

v. Sama ada pemohon atau suami / isteri atau tanggungan tidak melepasi semakan data JPJ.


3. ''Nama telah tersenarai dalam maklumat isi rumah yang lain'', merujuk kepada salah satu sebab di bawah:

i. Permohonan suami atau isteri telah wujud.

ii. Permohonan tanggungan telah wujud.



Kena buat rayuan la jawabnyer lepas ni hu3...

2.02.2012

connect server application to server DB difference

Salam,
Terima kasih kepada yg sudi singgah blog saya.. moga memberi manfaat dan kebaikan kepada anda semua.

Bagaimana menghubungkan connection dari server aplikasi ke pangkalan data yang berlainan server dalam aturcara.

contoh aturcara :

$con = mysql_connect("localhost","ali","password"); if (!$con) {

die('Could not connect: ' . mysql_error()); } // some code


Perkataan yg berwarna merah ini kita menggunakan localhost apabila kita menghubungkan dari komputer/server applikasi dalam komputer/server yang sama dengan pangkalan data.


sekiranya server aplikasi ip 10.10.1.20 manakala server database 10.10.2.20 kita perlu menggunakan ip 10.10.2.20 bagi mengantikan localhost.Tujuan ini membolehkan server aplikasi dapat berhubung dengan server database.


$con = mysql_connect("10.10.2.20","ali","password"); if (!$con) {

die('Could not connect: ' . mysql_error()); } // some code


sekian terima kasih.

Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri