Pages

3.06.2009

Harap maklum

Penulis memohon maaf kerana tidak dapat update informasi yang terkini dalam masa terdekat ini di blog ini kerana ada urusan dan kesulitan yang amat di kesali. Di harap anda dapat informasi di posting yang lama atau arkib.
harap maklum..
sekian...

Bookmark and Share









3.04.2009

joomla + Allowed memory size of xxxxx.....

Pada hari ini penulis ingin berkongsi dengan pembaca mengenai joomla. Penulis sendiri yang menghadapi masalah ini semasa menginstall joomla versi terbaru. Mungkin juga pembaca pernah mengalami masalah ini. Apabila anda upload sesuatu component,file, gambar atau apa-apa dan anda dapat error atau ralat : "Allowed memory size of xxx bytes exhausted".Ini berpunca daripada anda menggunakan banyak memory php. Ini disebabkan size file yang diupload besar dan sangat besar. Anda boleh cuba 2 kaedah di bawah ini :-

1. edit file php.ini

Open the php.ini file and change memory_limit = 8M to a larger value:
memory_limit = 16. tutorial lanjut.

2.edit file .htaccess

Jika anda tidak dapat access file php.ini terutamanya server secara online. Anda hanya perlu tambah code pada file . htaccess:

php_value memory_limit 16M

Note:anda juga boleh ubah nilai 16 kepada 32

P/S: Jika memberi ralat kepada internal server dan tidak dibenarkan anda hanya perlu buang balik code yang ditambah tadi.



Bookmark and Share








3.03.2009

SuperAntiSpyware




Perisian superantispyware ini dapat membuang spyware, adware, trojan dan dll. Perisian ini dapat buang dan detect 1 000 000 threats.

Kelebihan perisian ini :-

  • Detect and Remove Spyware, Adware, Malware, Trojans, Dialers, Worms, KeyLoggers, HiJackers, Parasites, Rootkits, Rogue Security Products dan banyak jenis threats.
  • Light on System Resources dan tidak membuatkan komputer anda slow seperti sesetengah produk lain.Perisian ini juga tidak ada conflik dengan perisian yang lain samaada antispyware atau antivirus.
  • Repair broken Internet Connections, Desktops, Registry Editing dan banyak lagi.
Download perisian SuperAntiSpyware



Bookmark and Share









3.02.2009

E-book mahir komputer

Blog yang saya sentiasa lawat dan belajar iaitu hardyweb telah menghasilkan ebook mahir komputer dengan percuma. antara kandungan ebook tersebut ialah menggunakan perisian tertentu seperti:-
  • photorec
  • teskdisk
  • winff
  • eraser
  • netdiscover
  • gimp
  • dan lain-lain
download percuma di sini e-book mahir komputer.

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada beliau kerana kongsikan ilmu beliau kepada orang lain dengan percuma.

Bookmark and Share









tips external hard disk

Apa yang anda lakukan selepas membeli external Hard Disk(HD)??? Artikel ini saya ingin kongsikan dengan anda apa yang anda perlu lakukan selepas membeli external HD. Sebelum itu pastikan sebelum anda membayar external HD tersebut anda mestilah check terlebih dahulu external HD tersebut berfungsi dengan baik.Anda juga perlu semak saiz storan HD tersebut dikuatiri jika ada kesilapan. Selepas anda berpuas hati dengan HD tersebut bolehlah anda membayarnya. Pastikan anda membeli external HD yang terkini iaitu jenis SATA dan bukannya jenis IDE. Selepas anda membayar HD itu pastikan anda telah memformat external HD itu tersebut agar anda dapat menggunakan selepas membawa ke rumah. Anda juga boleh menyuruh Tuan Kedai yang format external HD tersebut. Biasanya tidak memerlukan kos untuk memformat external HD tersebut. Sekiranya ada kos anda sendiri boleh membuat format external HD tersebut. Jika anda tidak format external HD tersebut ia tidak boleh digunakan. apabila anda cucuk pada komputer, komputer tidak dapat mengenalpasti external HD tersebut kerana ia belum di format lagi. Komputer dapat detect tetapi ia tidak dipaparkan pada komputer.

Cara format external HD:-


1. Anda boleh menggunakan Partition Magic.
2. Selepas proses installation selesai anda buka perisian partition magic.
3. Perisian ini akan dapat detech external HD anda.Pilih create partion pada external HD anda. Semasa proses ini anda juga boleh membuat beberapa partition pada external HD anda.
4. Selepas selesai proses buat partition anda akan dapati pada My computer anda akan dapat detect external HD anda.Jika proses ini belum di laksanakan anda tidak boleh menggunakan external HD anda. Selepas anda buat partition dan format pada external HD anda, anda boleh gunakan external HD anda di mana-mana komputer dan laptop lain.


Beberapa situasi dan penyelesaian mengenai external HD :-

1.Masalah: cucuk external HD pada komputer pada port usb di depan komputer namun komputer tidak dapat kenalpasti external HD tersebut.

Penyelesaian: External HD memerlukan kuasa yang tinggi berbanding pen drive dengan itu anda perlu cucuk pada port yang di belakang iaitu port usb yang bersambung dgn motherboar.bukannya port yang ada di bhagian depan yang di sambung dengan wayar yang kecil.

2. Masalah : Anda telah sambungkan pada port usb di bahagian belakang iaitu yg direct dengan motherboard namun komputer tidak dapat kenalpasti external HD.

Penyelesaian : Cuba anda tukar casing yang lain dan cuba anda kenalpasti casing tersebut berfungsi atau tidak. kemungkinan masalah ini disebabkan oleh casing anda.walaupun anda baru membeli casing ini ia juga boleh menjadi masalah. hal ini saya sendiri yang hadapi. selepas beberapa minggu membeli external HD sy dapati casing telah tidak berfungsi dan kita perlu tukar dengan Tuan kedai. Masalah HD sendiri juga berkemungkinan. jadi anda perlu semak keduanya. Langkah pertama semak casing HD tersebut dahulu. kemudian HD tersebut.


Tips ringkasan membeli external HD:-
1. Membeli external HD jenis yang baru iaitu SATA.
2. Pastikan storan yang besar dan bersesuai dengan budget anda.kerana perbezaan harga storan yang kecil dan besar tidak jauh dan ketara sangat.
3.Pastikan anda waranty.
4.pastikan casing yang terdapat getah atau pembalut yang membantu mengelakkan keroskan yang terus pada external HD semasa terjatuh.
5.external HD tersebut berfungsi dengan baik sebelum anda membawa pulang.
6. Bandingkan harga antara kedai-kedai dan pilihlah kedai yang murah,berkualiti dan membantu pelanggan dengan prihatin dan mesra.




Bookmark and Share









Statistik Blog

Jumlah Posting dan Komentar Blog buah artikel telah ditulis
buah komentar masuk

Widget edited by Harri